Press "Enter" to skip to content

Bimbang Anak Anda? Jauhkan 7 Perkara ini Demi Keselamatan Kanak-kanak di Rumah

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Rumah adalah tempat paling selamat, oleh yang demikian minta perhatian dari ibu bapa dan penjaga untuk jauhkan 7 perkara ini demi keselamatan kanak-kanak di rumah!

Justeru seiring dengan tajuk artikel yang pernah pihak Hallo.my siarkan berkaitan melakukan aktiviti bersama anak di rumah , golongan ibu bapa perlu meningkatkan kesedaran keselamatan di rumah demi menjaga keselamatan kanak-kanak di rumah.

Selain ibu bapa dan penjaga, kanak-kanak juga menghabis waktu sehariannya di rumah dan menjadikan rumah sebagai medium pembelajaran mereka dari pelbagai aspek.

Oleh yang demikian kita sebagai ibu bapa atau penjaga perlu menjadikan rumah adalah kawasan yang paling selamat untuk kanak-kanak mendiami atau duduki.

Dasar Perlindungan Kanak-kanak Kebangsaan Malaysia mendefinasikan kecuaian atau pengabaian sebagai suatu kegagalan yang berterusan.

Merujuk kes R v Sheppard dan kes-kes yang dilaporkan terdahulu antaranya ialah kegagalan ibu bapa untuk melindungi kanak-kanak di bawah jagaan mereka daripada objek-objek berbahaya yang terdapat di dalam rumah.

Dari penyelidikkan yang di jalankan menunjukkan hampir keseluruhan kes kemalangan kanak-kanak yang berlaku di rumah berpunca dari kecuaian / kegagalan ibu bapa atau penjaga itu sendiri yang mengambil ringan terhadap isu ini.

Disini kami di Hallo.my ingin berkongsi Tips Keselamatan di Rumah yang perlu di jauhkan 7 perkara ini demi keselamatan kanak-kanak di rumah

Isi Kandungan

1. Tandas / Bilik air

Tips keselamatan kanak-kanak di rumah yang pertama ini paling hampir dengan aktiviti seharian kita, boleh dikatakan setiap hari kita akan singgah bilik air berulang kali.

Ibu bapa perlu memastikan bekas air di dalam bilik air atau air tadahan di sekitar rumah perlu sentiasa tertutup rapi dan kemas.

Keadaan bekas air yang terbuka penyumbang kepada berlakunya kemalangan lemas dan seperti yang kita sedia maklum usia peringkat kanak-kanak ini sangat teruja “excited” terhadap air.

Namun sering kali juga ibu bapa atau penjaga ini ambil ringan bahawa yang sebenarnya kanak-kanak ini perlu di temani orang dewasa ketika berada di bilik air.

Bagi rumah yang mempunyai Tab atau kolam mandi persendirian, di galakkan untuk menambah ciri-ciri keselamatan di kawasan tersebut.

Ini kerana kawasan tadahan air seperti ini sangat bahaya dengan kedalaman air yang tidak sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut bahkan bukan sahaja di rumah malah di luar juga terutama melibatkan kawasan mandi – manda seperti laut dan kolam renang awam.

P/S: Pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup rapat.

2. Peralatan Tajam / Barang Kecil

 

Peralatan tajam ini bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaaan kepada kanak-kanak malahan golongan dewasa juga berisiko untuk berlaku kemalangan di rumah jika tidak di simpan atau di letakkan di tempat yang selamat.

Namun begitu benda-benda kecil seperti gula-gula, duit syiling , butang dan lain-lain juga amat menarik minat kanak – kanak ini.

Tambahan pula tabiat kanak-kanak atau bayi ini gemar memasukkan sesuatu barang kedalam mulut mereka, kiranya apa sahaja objek kecil yang bertaburan di lantai menarik perhatian pada masa yang sama memberi risiko kepada kanak-kanak atau bayi untuk tercekik.

Keselamatan kanak-kanak di rumah

P/S: Bukan sahaja pisau, bucu meja atau perabut juga merupakan dalam kategori benda tajam yang perlu di titik berat dalam aspek keselamatan kanak-kanak di rumah.

3. Tingkap atau Beranda

 

Fungsi positif tingkap atau beranda sebagai medium pencahayaan di rumah, namun dari segi aspek keselamatan kanak-kanak di rumah tingkap atau beranda merupakan salah satu punca berlaku kemalangan.

Ia juga boleh mendatangkan kecederaan yang amat serius kepada mangsa terutama pada jenis rumah tinggi seperti pangsapuri dan kondominium.

Kanak-kanak yang berada di kawasan berisiko ini perlulah di awasi oleh orang dewasa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak di ingini berlaku.

Hindari dari meletakkan sesuatu objek seperti kerusi, meja atau katil bersebelahan dengan tingkap mahupun beranda, hal ini kerana objek tersebut memudahkan kanak-kanak untuk memanjat tingkap dan beranda.

P/S: pasang grille tingkap atau sliding door dapat membantu atasi masalah ini, tapi kena ingat jangan terlalu jarak antara kisi-kisi grille yang membolehkan kanak-kanak melepasi diantara celah tersebut.

4. Bahan Api dan Ubat-ubatan

 

“Jangan bermain dengan api kelak terbakar diri”, dengar sahaja pepatah ini sudah memberi maksud api itu sangat mengancam keselamatan kanak-kanak di rumah.

Ramai ibu bapa dan penjaga diluar sana sedia maklum bahawa bahan api dan ubatan perkara ini perlu di awasi penggunaanya.

keselamatan kanak-kanak di rumah

Bahan api seperti mancis dan ubatan mempunyai warna yang mampu menarik perhatian kanak-kanak serta bayi ini sebelum ia disalahguna.

Ubatan yang dimakan bukan dari pemiliknya akan memberikan kesan kemudaratan dan sampingan yang tinggi lebih lagi kepada kanak-kanak serta bayi yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jiwa.

Demi memastikan keselamatan kanak-kanak di rumah terjamin kita sebagai ibu bapa dan penjaga perlu memastikan dua perkara ini perlu dijauhi dari kanak-kanak dan diletakkan di tempat yang betul.

5. Soket atau Peralatan Eletrik

 

Sering kita lihat soket atau peralatan elektrik yang tidak digunakan namun suis nya masih dalam keadaan hidup kan?

 

Situasi seperti ini sahaja telah menunjukkan ibu bapa cuai dalam aspek keselamatan kanak-kanak di rumah.

keselamatan kanak-kanak di rumah

Sebagai ibu bapa dan penjaga yang menitik beratkan keselamatan kanak-kanak di rumah perlu tahu bahawa bayi kecil yang sudah pandai merangkak atau berjalan adalah penyumbang kepada berlakunya kemalangan kepada peralatan elektrik seperti ini.

Hal ini kerana pada waktu ini kanak-kanak atau bayi akan tertarik kepada soket elektrik di dinding mahupun “extension wire” yang teradapat di setiap pelusuk rumah.

Lebih membimbangkan lagi peralatan seperti pengecas telefon bimbit di biarkan hidup walau tidak lagi digunakan.

Jika situasi seperti ini terjadi akan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk memegang hujung pengecas tersebut lalu memasukkan kedalam mulut mereka dan kebarangkalian berlaku renjatan elektrik boleh berlaku.

Kanak-kanak juga sering memasukkan atau mencucuk menggunakan objek seperti pen, pensil dan jari mereka sendiri kedalam soket elektrik tersebut, perkara seperti ini boleh menyebabkan berlakunya renjatan elektrik serta boleh menyebabkan kecederaan yang amat serius kepada mangsa.

6. Bahan Racun

 

Dah nama pun racun mestilah ia dalam keadaan yang selamat kan?

 

Namun ibu bapa di luar sana perlu di ingatkan dalam statistik kemalangan masih terdapat kemalangan melibatkan kanak-kanak yang terminum atau termakan racun di dalam rumah sendiri.

Kejadian seperti ini masih berlaku atas beberapa faktor seperti yang sering dilalukan oleh rakyat Malaysia adalah dengan meletakkan atau mengasingkan cecair atau bahan beracun tersebut kedalam botol minuman bagi memudahkan urusan mereka selepas itu.

keselamatan kanak-kanak

Perkara seperti ini akan menarik minat kanak-kanak dengan reka bentuk serta label botol tersebut yang menarik dan kadang-kala ia mampu mengelirukan golongan dewasa juga.

Tambahan lagi cuba perhatikan racun tikus yang di letakkan di setiap sudut rumah kita, racun-racun seperti ini berwarna terang adalah untuk menarik minat haiwan perosak, namun perlu di ingatkan bahawa warna tersebut juga akan menarik perhatian kanak-kanak.

Sayangi anak-anak anda, jangan biar nasi menjadi bubur.

P/S: Walau ade label pada bahan racun tapi ingat! tajuk kita pada hari ini adalah keselamatan kanak-kanak di rumah ya! Umur mereka ni ramai yang belum boleh membaca dan memahami simbol larangan.

7. Kawasan Parkir (Porch) / Meletak Kenderaan

 

Walau kawasan ini berada di luar rumah namun ia masih perlu di ambil kira dalam kawasan rumah kita dan masih juga di bawah tanggungjawab ibu bapa untuk menjadikan kawasan parkir (porch) sebahagian kategori keselamatan kanak-kanak di rumah.

Ini menjadi faktor kemalangan di rumah di sebabkan kecuaian ibu bapa dan penjaga itu sendiri ketika mengalihkan kenderaan di kawasan parkir tanpa ambil kira dimana kanak-kanak ketika itu berada.

Tambahan lagi faktor saiz kenderaan dan kanak-kanak yang sangat ketara menjadikan kanak-kanak yang berada di sekeliling kereta ibu bapa tidak dapat dilihat atau dinamakan sebagai “blind spot” oleh pemandu.

Perkara seperti ini pernah dilaporkan oleh Media TV dimana; Seorang ibu tidak menyangka telah terlanggar anaknya sendiri sewaktu mengalih keretanya di kawasan parkir.

Namun kemalangan seperti ini tiada kesudahan, ada sahaja media melaporkan kejadian hampir setiap bulan.

Hallo.my menyarankan ibu bapa diluar sana yang hendak mengalihkan kenderaan sila pastikan terlebih dahulu kedudukan kanak-kanak ketika itu.

Jika mengambil pendekatan tinggal mereka di dalam rumah, sila pastikan dalam keadaan selamat serta pintu hadapan ditutup rapi sebelum masuk ke kereta.

P/S : Kalau tak mahu pening kepala, bawak sekali kanak-kanak tu dalam kenderaan. Mudah kan!

Meningkatkan tahap kesedaran di rumah dengan menjadikan tajuk “Jauhkan 7 perkara ini demi keselamatan kanak-kanak di rumah” pada hari ini sebagai panduan akan dapat mengurangkan kemalangan yang tidak diingini berlaku di rumah malahan boleh di praktikkan di tempat lain.

Isu keselamatan ini tidak boleh dikompromi kerana apabila sudah terjadi tidak guna menyesal lagi, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan, malang tidak berbau.

Jadikan rumah sebagai tempat paling selamat untuk di diami, akhir sekali jika artikel ini bermanfaat sila share kepada yang lain dan sebarang komen amatlah di alu-alukan.

Rujukan

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *