Press "Enter" to skip to content

Google Keep: Shopping Barang Dapur Tak Perlu Kertas

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membenarkan hanya seorang wakil keluarga untuk keluar membeli barangan keperluan. Jadi, agak kekok membeli seorang diri kerana tidak dapat berbincang.

Jika suami keluar membeli barang, senarai keperluan biasanya disediakan oleh isteri. Senarai barangan yang banyak akan ditulis pada sekeping kertas. Nota ringkas tetapi terperinci.

Contohnya beli kelapa sebiji tetapi nak bahagian putih sahaja atau beli Febreze tetapi penutup mesti warna oren 🙂

Kertas ini boleh jadi satu ‘ancaman’ besar kepada para suami jika hilang, tersalah pilih atau terlupa beli. Risiko terjadi dengan senarai yang panjang tanpa catatan (sudah beli atau belum) boleh menyebabkan rambang mata dan tertinggal barangan untuk dibeli.

Gunakan teknologi yang ada. Memudahkan, cepat dan sistematik iaitu dengan aplikasi Google Keep.

Kebaikan Google Keep

  1. Free to use. Anda boleh download secara percuma.
  2. Boleh tulis banyak senarai tanpa had.
  3. Jika barang sudah dibeli, cuma klik atau touch sahaja pada barangan dan kemudiannya ia akan diasingkan (Checked Items)
  4. Jika barangan tersebut tersalah padam, boleh klik semula dan akan kembali kepada senarai beli di atas
  5. Isteri boleh kemaskini dari rumah sahaja, automatik akan terpapar di skrin telefon suami. Jadi tak perlu nak Whatsapp senarai tambahan.
  6. Boleh simpan senarai untuk kegunaan pembelian akan datang

Bagaimana untuk Menggunakan Google Keep?

  1. Download di Google Play Store atau App Store secara percuma dengan nama Google Keep (logo mentol)cara-menggunakan-google-keep
  2. Install pada telefon dan akan terpapar aplikasi Google Keep
  3. Isteri dan suami perlu install Google Keep
  4. Dari telefon isteri, buka Google Keep dan klik icon +
  5. Masukkan tajuk (Title) contohnya senarai barang dapur 05/04/2020
  6. Klik pada icon + di bawah skrin dan pilih Checkboxes
  7. Selepas nampak kotak, masukkan senarai barangan, kemudian tekan Enter untuk masukkan barangan seterusnya.
kebaikan-google-keep

8. Selepas selesai masukkan senarai, klik pada tiga titik bertindih di bawah kanan dan pilih Collaborators. Disebabkan senarai ini dibuat pada telefon isteri, jadi akan terpapar email isteri. Untuk berikan akses kepada suami bekerjasama, masukkan email suami.

9. Selepas masukkan email suami, sila lihat Google Keep di handphone suami, sudah ada senarai tadi yang dikongsi.

10. Jadi sekarang, suami anda boleh touch, tambah dan edit senarai barangan tadi.

Banyak lagi sebenarnya fungsi yang ada di Google Keep.

Selamat membeli belah para suami!

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *