Press "Enter" to skip to content

ZOOM – Video Call Percuma Bersama Rakan Di Mana Sahaja

Last updated on 03/04/2020

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Di Malaysia, sehingga artikel ini di tulis wabak COVID-19 sudah menjangkiti 3,116 orang. Daripada jumlah ini, 50 orang sudah meninggal dunia. Bermula dari 18 Mac 2020 sehinga 14 April 2020, kerajaan sudah melancarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita perlu duduk di rumah untuk keselamatan diri dan orang sekeliling.

Jadi kita perlu hadkan pergerakan dan secara tidak langsung lebih banyak masa di rumah. Lama kelamaan akan mula menjadi sedikit bosan.

Apa kata kita berhubung bersama rakan pejabat dan kawan-kawan secara video. Sebab kita boleh lihat face-to-face walaupun secara maya. Hilang juga kerinduan.

Apa boleh buat dengan ZOOM?

1. Mesyuarat rasmi atau tidak rasmi

2. Live stream seperti ceramah untuk bisnes dan santai

3. Berkongsi dan berbual

4. Berkongsi resipi masakan

ZOOM boleh buat video call dan setakat penggunaan kami boleh tampung (handle) lebih dari 40 orang dalam satu-satu masa. Selain video, anda boleh juga chatting di ruang di sediakan.

Menariknya mengenai ZOOM, terdapat satu fungsi iaitu virtual background yang mana anda boleh tukar gambar di belakang anda dengan apa-apa sahaja. Ibarat anda berada di satu tempat yang lain, walaupun sebenarnya berada di sofa rumah.

Bagaimana nak gunakan Zoom?

1. Download di Google Play Store atau App Store secara percuma dengan nama ZOOM Cloud Meetings. Jika anda gunakan computer atau laptop boleh terus ke laman web Zoom.us

2.Buka aplikasi. Jika anda orang yang menganjurkan video conference, anda perlu sign-in. Sign-in boleh juga guna akaun Google dan Facebook.

3. Sign-in guna Google atau Facebook. Pilih Create Account

4. Untuk anjurkan video, klik pada New Meeting, kemudian Start a Meeting.

5. Untuk setting microfon, kamera dan storage, pilih Allow

6. Untuk jemput rakan-rakan anda, pilih Participant atau anda boleh kongsikan Meeting ID dan Password

7. Pilih join with video dan kemudian mulakan perbualan dan video anda.

Boleh juga tonton video ini untuk kefahaman.

Layari website Zoom.us untuk maklumat lanjut.

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.