Ketahui 5 Website Cari Jodoh yang Sesuai dan Selamat di Malaysia

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Dulu kita kena cari sendiri, sekarang sudah ada website cari jodoh yang membantu ramai pasangan dapatkan teman hidup.

Fitrah kejadian manusia mempunyai naluri ingin hidup berpasangan. Lelaki ingin membina rumahtangga dengan wanita yang dikasihi, begitu juga wanita.

Jarang sekali kita bertemu dengan orang yang tidak mahu membina keluarga. Jika ada sekalipun, ia hanyalah kerana pengalaman silam yang meninggalkan luka di hati atau rasa percaya yang kian terhakis akibat kesilapan di masa lalu.

Meskipun setiap kita mengimpikan hidup bersama seseorang yang boleh dicintai dan mencintai kita seadanya, namun tidak semua bertuah menemukan pasangan yang dicari dengan mudah.

Ada yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu perhubungan. Ada juga yang keliru pasangan sebagaimana yang sesuai dengan dirinya.

Mengambil kira pelbagai permasalahan berkaitan pertemuan jodoh di kalangan orang ramai inilah, beberapa pihak berusaha mewujudkan laman sesawang pencarian jodoh.

Laman sebegini diharap dapat membantu memudahkan pihak yang berkenaan bertemu dengan jodoh yang dirasakan sesuai serta memenuhi kriteria yang diimpikan.

Kepada yang sedang kebuntuan untuk mendapatkan jodoh, jom semak 5 Website Cari Jodoh yang selamat di Malaysia.

1. Tilljannah.my

Merupakan sebuah portal pencarian jodoh yang agak popular di kalangan masyarakat Malaysia. Jumlah ahli di portal terkemuka ini mencecah hampir enam angka, memberikan peluang lebih cerah kepada mereka yang sedang berusaha mencari jodoh di sini.

cari jodoh online

Pengendali portal pencarian jodoh Tilljannah.com memberikan jaminan bahawa sebarang maklumat peribadi pelanggan yang berdaftar di portal ini adalah selamat serta tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak berkaitan.

2. TamanSyurga.com

Dikatakan portal pencarian jodoh ini adalah portal yang menawarkan khidmat pencarian jodoh secara percuma sepenuhnya.

Tiada sebarang yuran pendaftaran dikenakan kepada ahli yang mendaftar sebagai pencari jodoh di portal ini.

Ia merupakan portal pencarian jodoh pertama yang seumpamanya di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

3. Baituljannah.com

Mempunyai jumlah ahli yang menjangkau angka 1 juta orang, portal ini boleh dikatakan antara yang paling digemari oleh para pencari jodoh di Malaysia.

Ini mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pendekatan Islamik dalam setiap sesi taaruf di antara ahli yang bakal dipasangkan.

Juga jaminan keselamatan data peribadi serta portal ini sentiasa dipantau bagi mengelakkan pencerobohan siber yang mungkin menimbulkan kekacauan kepada ahli yang mendaftar.

4. Baitulmuslim.com

Portal pencarian jodoh ini diwujudkan pada tahun 2006. Syarikat pengendali portal ini pernah dijemput oleh beberapa stesen penyiaran televisyen dan akhbar tempatan bagi berkongsi informasi mengenai servis pencarian jodoh yang dijalankan.

website cari jodoh

Stesen televisyen terkemuka TV3 juga pernah menjemput pengendali portal ini di slot Syariah Meja Bulat bagi tujuan sama di samping berkongsi kisah pertemuan jodoh peserta yang mendaftar di baitulmuslim.com.

5. Carijodoh.com.my

Laman Cari Jodoh diwujudkan bagi memudahkan pengguna yang berhasrat untuk mencari jodoh secara atas talian.

Portal ini tidak menghadkan penyertaan peserta daripada Malaysia sahaja sebaliknya turut membuka peluang kepada calon-calon pencari jodoh daripada negara Brunei, Indonesia dan Singapura.

Portal ini membantu para pencari jodoh berkenalan dengan calon yang mereka mahu dan dirasakan sesuai dengan kriteria yang dicari.

Seiring peredaran zaman yang semakin canggih dan pantas, mencari jodoh secara atas talian atau melalui bantuan ejen pencari jodoh di portal-portal tertentu bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Namun, setiap yang mahu menggunakan khidmat sebegini mestilah mengutamakan keselamatan diri serta memastikan segala maklumat yang dikongsikan di dalam portal yang dipilih tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pengendali laman tersebut.

Latar belakang bakal pasangan juga perlu dipastikan dengan benar.

Semoga dengan perkongsian mengenai 5 website cari jodoh yang kami kongsikan ini dapat membantu para pencari jodoh untuk mendapatkan pasangan hingga ke Jannah.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *