Press "Enter" to skip to content

Transaksi ASB Mudah & Selamat dengan myASNB

Last updated on 20/04/2020

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah salah satu platform pelaburan terbaik yang ada di Malaysia. Khusus untuk Bumiputera, pelaburan ini berisiko rendah dan dijamin oleh kerajaan. Dengan nilai pelaburan serendah RM1 seunit dan jualan RM1 seunit, ianya satu instrumen pelaburan yang patut dimiliki.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menguruskan ASNB telah mengumumkan bayaran dividen bagi 2019 bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.5% merangkumi 5.0% agihan pendapatan dan 0.5% bonus. Agihan pendapatan adalah sebanyak RM9 billion.

Sebenarnya ada banyak tabung amanah saham ditawarkan oleh ASNB. Sudah pasti yang paling popular adalah ASB. Antara tabung amanah lain iaitu:

  • Amanah Saham Bumiputera 2
  • Amanah Saham Bumiputera 3 – Didik
  • Amanah Saham Malaysia
  • Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan
  • Amanah Saham Malaysia 3
  • Amanah Saham Nasional dan banyak lagi.

Dulu rakyat Malaysia yang mempunyai akaun ASB akan menggunakan buku pelaburan untuk tujuan pelaburan dan pengeluaran unit saham.

Kini, urusannya menjadi lebih mudah. Jika di kaunter ASNB seperti pejabat pos dan bank, anda hanya perlukan kad pengenalan (myKad) sahaja untuk urusan pelaburan dan penjualan unit.

Sekarang ia menjadi lebih canggih kerana ASNB telah memudahkan pelabur membuat urusan saham dengan memperkenalkan portal dalam talian (online) diberi nama myASNB.

Kebaikan menggunakan myASNB

  1. Urusan secara online di website ataupun aplikasi myASNB (boleh download percuma)
  2. Boleh lihat maklumat saham yang dilanggan
  3. Boleh langgan tabung amanah yang lain
  4. Boleh keluar duit ke akaun bank sendiri (kemaskini 20 April 2020). Rujuk di Pengumuman Pengeluaran Secara Dalam Talian di myASNB.
  5. Boleh lihat maklumat pelaburan di bawah tanggungan anda (anak)
  6. Boleh lihat transaksi urusan (90 hari)
  7. Kemaskini maklumat peribadi
  8. Menjimatkan masa. Duduk di rumah, di pejabat, di kedai malah di mana-mana kita boleh buat pelaburan
  9. Buat bayaran secara online banking
  10. Urusan secara online selamat.
  11. Akses ke aplikasi myASNB boleh guna pengesanan cap jari (finger print). Ini paling baik dan menarik.

Kekurangan myASNB (mungkin ada penambahbaikan akan datang)

  1. Walaupun urusan setiap hari tetapi terhad bermula dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang (untuk unit amanah harga tetap) dan dari jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang (untuk unit amanah harga berubah)
  2. Cuti umum tiada transaksi.

    Info:
    – Unit amanah harga tetap: ASB, ASB2, ASB 3 Didik, ASM, ASM 2 Wawasan dan ASM 3
    – Unit amanah harga berubah: ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Sara 1 dan ASN Sara 2

A. Cara Daftar myASNB (Bahasa Melayu)

  1. Layari www.myasnb.com.my
    cara daftar myasnb
  2. Klik pada Daftar Di Sini (di bahagian atas website)
  3. Baca langkah pendaftaran dan klik Teruskan
    cara daftar myasnb
  4. Baca Terma dan Syarat. Jika bersetuju, tick pada kotak dan tekan Setuju
    cara daftar myasnb
  5. Masukkan Maklumat Asas dan tekan Seterusnya
    cara daftar myasnb
  6. Masukkan nombor telefon bimbit anda. Ini penting untuk anda mendapat TAC number semasa berurusan.
  7. Daftar Akaun. Selesai pendaftaran

B. Cara Log Masuk ke Portal Website myASNB (Bahasa Melayu)

  1. Layari www.myasnb.com.my
  2. Klik pada Log Masuk (di bahagian atas website)
  3. Masukkan ID pengguna
  4. Lihat frasa keselamatan. Pastikan tepat seperti mana anda set pada awal pendaftaran.

C.  Cara Menggunakan Applikasi myASNB

  1. Download and install aplikasi myASNB di Google Play dan Apple Apps Store
  2. Ada dua pilihan.
    i) Pertama, jika pertama kali berdaftar, pilih Mulakan.
    ii) Kedua, jika anda pernah berdaftar di website myASNB pilih Saya Mempunyai Akaun myASNB.
  3. Jika pilih Mulakan, jawap soalan dan isikan maklumat yang diminta
  4. Jika anda pilih Saya Mempunyai Akaun myASNB, langkah seterusnya masukkan ID anda dan password untuk terus masuk ke aplikasi
    Maklumat terperinci ASNB
  5. Selepas masuk ke menu utama aplikasi, anda boleh memilih beberapa menu seperti
    i) Rekod Urusniaga Terkini
    ii) Penyata Akaun
    iii) Harga Hari Ini
    iv) Pilihan
    v) Cari Cawangan
    vi) Maklumat Peribadi
    v) Tetapan – Boleh set login guna biometric iaitu guna cap jari (finger print)
  6. Untuk melihat unit amanah yang dilanggan, pilih pada icon ASB dan anda boleh melihat jumlah nilai pelaburan, dividen semasa dan rekod urusniaga terkini
    Maklumat-unit-Amanah-ASNB
    set finger print myasnb
  7. Anda juga boleh melihat akaun di bawah tanggungan seperti anak contohnya akaun Remaja/Bijak.
  8. Untuk tambah pelaburan, pilih icon dan pilih sama ada ingin buat pelaburan baru (tabung lain), tambah pelaburan atau lihat harga.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari portal myASNB di www.myasnb.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my

Semoga bermanfaat.

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.