Press "Enter" to skip to content

9 Tips Pasangan Baru Berkahwin Ingin Membeli Rumah

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Keperluan sebuah keluarga terutamanya pasangan baru berkahwin adalah mempunyai rumah. Tidak kira sama ada menyewa atau membeli.

Asalkan mempunyai tempat berteduh yang selesa dan selamat sudah memadai bagi sebuah keluarga.

Artikel kali ini kami akan kongsikan 9 tips pasangan baru berkahwin yang ingin membeli rumah.

Ada 3 kategori status rumah yang biasanya ada di Malaysia iaitu:

  • Rumah baru (under construction)
  • Rumah sedia ada (subsale)
  • Rumah lelong (auction).

Sebagai keluarga baru, ada mungkin ada dua pilihan sahaja iaitu rumah baru atau rumah subsale. Rumah lelong jarang orang baru berkahwin cari.

Artikel ini khusus untuk mereka yang ingin membeli rumah sahaja bukannya menyewa. Jom baca perkongsian di bawah:

1. Kemampuan Kewangan

Katakan anda ingin beli rumah di Shah Alam berharga RM450 ribu. Rumah baru tidak perlukan deposit yang tinggi. Cuma bayar booking biasanya beberapa ratus ke ribu sahaja. Anda dapat rumah baru.

Kelemahannya, anda perlu tunggu beberapa tahun sehingga rumah siap. Bolehkah anda tunggu selama beberapa tahun?

Jika rumah subsale pula, perlukan duit tunai untuk bayaran deposit (10%) dan urusan pinjaman dan guaman (antara 3% ke 4%).

Sesetengah penjual memberi kelonggaran untuk menggunakan Akaun 2 KWSP untuk deposit.

Anda dapat rumah dengan lebih cepat. Kelemahannya, rumah hanya sedia ada (as-is) yang mungkin pudar cat dan ada kerosakan.

Namun, kerosakan anda boleh baiki dengan minta diskaun semasa membeli atau penjual berjanji untuk baiki sebelum serahkan kepada anda.

Dari dua pilihan di atas, anda boleh buat kira-kira bersama pasangan yang mana pilihan paling sesuai dengan tahap kewangan anda.

Paling mudah dengan mengira Nisbah Hutang atau Debt Service Ratio (DSR). Anda boleh baca pengiraan lengkap DSR di sini.

Dari maklumat ini, anda boleh tentukan harga rumah yang layak. Kewangan anda tidak ‘tercekik’ jika beli rumah melebihi kemampuan.

2. Buat Carian Beberapa Rumah

Setelah mengetahui kelayakan harga rumah, anda buat carian atau survey rumah di kawasan anda suka. Walaupun anda baru berkahwin dan ingin membeli rumah, anda boleh ‘pusing-pusing’ banyak tempat.

Zaman sekarang mudah cari rumah. Boleh buat carian secara online seperti di Mudah.my, iProperty, PropertyGuru dan banyak lagi portal jualan rumah.

Buat carian di beberapa buah rumah. Buat senarai pendek (shortlist) dan hubungi pemilik atau agen untuk datang melawat.

Tengok keadaan rumah, persekitaran, jiran dan komuniti. Kena betul-betul suka dengan kawasan tersebut sebab anda akan tinggal di situ dalam satu jangka masa yang lama. Mungkin berpuluh-puluh tahun.

3. Berdekatan Tempat Kerja

Jika anda dan pasangan bekerja, sebaiknya cari yang berdekatan dengan tempat kerja. Lebih baik, berdekatan dengan tempat kerja isteri.masuk kerja lewat
Jangan sampai terburu-buru masuk kerja lewat sebab rumah jauh.

Ini untuk mudah ulang alik ke tempat kerja sebab tidak jauh. Jika terlalu jauh badan akan cepat penat. Jika rumah berdekatan anda sebenarnya menjimatkan masa, tenaga, wang dan sebagainya.

Ia juga memudahkan untuk anda patah balik ke rumah jika ada tertinggal barang. Juga mudah untuk anda hantar, ambil dan uruskan anak-anak ke sekolah nanti sebab berdekatan.

4. Berdekatan dengan Kemudahan Asas

Ini salah satu faktor yang sangat untuk anda menjimatkan wang, masa dan tenaga. Cari rumah yang berdekatan dengan kemudahan asas seperti pasar basah, kedai runcit, dobi, sekolah, masjid, bank dan sebaganyai.

Selain mudah untuk mendapatkan bekalan dan membuat urusan peribadi, anda juga boleh jalinkan kerjasama dan kenal komuniti di sekitar.

5. Rumah Pertama Cukup Seadaanya

Ukur Baju Badan Sendiri.

Beli rumah sesuai dengan tahap kewangan anda dan bagi saya, cukup sekadar jadi tempat berteduh. Ini rumah pertama. Anda baru berkahwin dan banyak lagi keperluan lain yang perlu di utamakan.

Walaupun hanya tempat berteduh, anda perlu membeli rumah yang mempunyai kemudahan lengkap, kejiranan yang baik dan persekitaran yang selamat.

Ini untuk menjamin kehidupan anda semasa berada di rumah tersebut.

6. Berikan Tawaran Terbaik kepada Penjual

Anda sudah jumpa rumah yang sesuai. Pasangan anda juga sudah suka. Jadi, buat tawaran terbaik kepada penjual. Jika dia tidak boleh terima, bincang harga terbaik untuk win-win situation.

Ini untuk berikan kepuasan kepada kedua-dua pihak. Anda dapat beli rumah dan penjual dapat jual rumah. Dua-dua gembira.

7. Tanya Soalan Pada Agen

Semasa berurusan dengan agen, tanya apa sahaja soalan. Contohnya seperti:

– Sudah berapa lama rumah?
– Ada kerosakan apa-apa tak?
– Perabot, aircond dan apa-apa barangan dapat sekali ke?
– Kemudahan asas seperti masjid, sekolah, pasar berapa jauh?
– Loan boleh lepas ke?

8. Berurusan dengan Agen Hartanah Berdaftar Sahaja

Jika anda membeli rumah daripada agen, pastikan dia berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta dan Pengurus Harta (LPPEH).tips berurusan dengan agen hartanah

Seorang agen berdaftar mempunyai nombor (Real Estate Negotiator ) REN tag. Anda boleh buat semakan nombor ini di laman web LPPEH.

Jika ada, anda selamat kerana berurusan dengan agen yang sah. Klik Semak Agen Hartanah Berdaftar di sini.

Elakkan berurusan dengan agen tidak sah dan meragukan seperti broker. Jangan sesekali membuat pembayaran pada akaun peribadi seseorang.

Pastikan membuat bayaran pada agensi hartanah berdaftar atau terus kepada peguam yang dilantik sahaja.

Anda boleh juga tanya kepada rakan-rakan agen hartanah. Mereka sedia membantu.

9. Bertanya Bincang dengan Ibu Bapa

Semua senarai semak di atas anda telah buat. Tahniah. Perkara paling akhir adalah mendapat restu ibu bapa atau saudara terdekat.

Bincang dengan mereka tujuan anda. Minta pendapat baik dan buruk membeli rumah di kawasan tersebut.

Jika telah mempunyai kata sepakat, anda boleh teruskan untuk membuat tempahan membeli rumah.

Kesimpulan

Semoga tips pasangan baru berkahwin yang ingin membeli rumah dapat dijadikan panduan. Ingat, rumah banyak di pasaran. Jadi buat pilihan dan keputusan dengan fikir sebaik mungkin.

Apa anda dan pasangan buat semasa cari rumah?

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.