Press "Enter" to skip to content

13 Cadangan Susu Formula Terbaik Untuk Bayi

Last updated on 28/07/2020

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Dalam penyusuan bayi, susu ibu adalah paling baik daripada semua susu formula yang wujud di pasaran. Post kali ini saya ingin berkongsi susu formula terbaik untuk bayi dan juga membuat undian (poll) untuk anda pilih.

Walaupun susu ibu paling baik, kenapa para ibu tetap memberi susu formula?

Ada beberapa faktor seorang ibu memberi susu formula iaitu:

  • Susu badan tidak cukup, jadi bayi tidak kenyang menyusu dan perlukan lebih susu.
  • Minum susu ibu tetapi berat badan bayi tidak naik.
  • Ibu mengalami masalah nak menyusu anak (inverted)

Ada kajian mengatakan punca kanak-kanak sembelit adalah disebabkan oleh susu formula. Jadi, dalam pemberian susu formula kepada kanak-kanak, perlu juga dipantau dan disusuli oleh makan berkhasiat lain.

Dalam artikel ini, saya akan fokus kepada susu bayi berumur antara 1 tahun sahaja (1 bulan sehingga 12 bulan).

Untuk makluman, susu ibu adalah paling baik dan perlu diutamakan untuk bayi anda. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), susu ibu perlu diberi kepada bayi baru lahir sehingga enam bulan.

Pada waktu tersebut, tiada makanan lain diberi termasuk air kecuali susu ibu sahaja.

Betapa hebatnya susu ibu!

Jadi apa susu formula terbaik untuk bayi selepas susu ibu? Jom baca perkongsian untuk 13 susu formula yang boleh anda pilih.

1. Frisolac Rumusan Bayi Langkah (Step) 1

Susu ini sesuai untuk pencernaan bayi, mengelakkan kembung perut dan sembelit. Mengandungi Vitamin B6, Vitamin C, zat besi, DHA dan Zink.

susu frisolac langkah 1

Untuk info DHA (Docosahexaenoic Acid) adalah asid lemak Omega-3. Biasa juga di dapati dalam minyak ikan salmon.

DHA penting untuk bayi ketika dalam kandungan ibu lagi sehingga bayi membesar khususnya untuk tumbesaran dan perkembangan otak.

Ia adalah produk import dari negara Belanda.. Harga antara RM95 hingga RM110 untuk berat 900 gram.

Klik di sini untuk mendapatkan Frisolac Rumusan Bayi.

2. Karihome Rumusan Bayi Langkah 1

Ini adalah susu kambing. Kebaikan susu kambing kepada bayi adalah kaya dengan kalsium untuk kekuatan tulang.

Ada sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu lembu, jadi Karihome memberi penyelesaian dengan produk susu kambing.

karihome untuk bayi

Susu kambing Karihome mengandungi bioaktif seperti:

  • Nucleotide untuk imunisasi badan.
  • Casein Phosphopeptide (CPP) untuk meningkatkan penyerapan mineral.
  • Asid Sialic untuk mencegah jangkitan bakteria.
  • Taurine untuk meningkatkan perkembangan otak bayi.

Karihome adalah produk dari New Zealand. Harga jualan antara RM55 hingga RM60 untuk berat 400 gram.

Klik di sini untuk dapatkan susu Karihome.

3. Dutch Lady 123

Susu formula untuk bayi Dutch Lady mengandungi lima (5) kali lebih DHA. Juga ada protein, zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A,B,D dan selenium.

dutch lady 123

Ada tiga jenis perisa iaitu biasa, coklat dan madu. Berat pula bermula dari 350 gram, 650 gram dan 900 gram. Harga bermula dari RM30.

Maklumat lanjut dan sample percuma, anda boleh layari smartmoments.com.my.

Klik di sini untuk dapatkan susu Dutch Lady 123.

4. Nestle NAN Pro Rumusan Bayi

Antara susu formula terbaik untuk bayi yang ada di pasaran. Nestle NAN Pro mengandungi Protein dan DHA-ARA.

nan pro bayi

Selain itu, ia juga mengandungi Bifidobacterium Lactis Probiotic yang membantu penghadaman dan mengurangkan cirit-birit.

Kebaikan ini membantu perkembangan dan kecerdasan kepada bayi.

Harga pasaran adalah RM70 untuk berat 600 gram.

Klik di sini untuk dapatkan susu NAN Pro.

5. Nestle NAN Lactose Free Stage 1

Dirumus khas untuk bayi yang mempunyai masalah jika minum susu laksosa. Susu formula ini tidak mempunyai laktosa dan membantu mengurangkan cirit-birit.

nan tanpa latosa

Mengandungi Lactobacillus Probiotic membantu fungsi usus, sumber karbohidrat, DHA dan ARA.

Harga pasaran anggaran RM25 untuk pek 400 gram. Sesuai untuk bayi sehinga 12 bulan.

Klik di sini untuk dapatkan susu Nestle NAN Lactose.

6. S26 SMA Langkah 1

S26 sesuai untuk bayi bermula dari 0 sehingga 12 bulan. Susu formula ini mengandungi DHA, Lutein and nutrien Choline Tambahan dengan Oligofructose, fiber larut untuk penghadamane.

harga S26

Juga mengandungi Alpha-Lactalbulmin oleh whey protein dan 5 Nucleotides

Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 6 bulan. Harga pasaran anggaran RM55 untuk pek 600 gram.

Maklumat lanjut boleh layari wyethnutrition.com.my

Klik di sini untuk dapatkan susu S26 SMA.

7. Anmum Infacare Step 1

Selain popular untuk ibu mengandung, Anmum juga mempunyai produk susu formula untuk bayi.

harga anmum infacare bayi

Anmum Infacare Step 1 dilengkapi dengan vitamin dan mineral untuk perkembangan bayi seperti DHA, Protein, Kalsium, Zink, Nukleotida dan Vitamin A.

Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur 1 tahun. Harga pasaran antara RM60 hingga RM70 untuk pek 600 gram.

Klik di sini untuk dapatkan susu Anmum Infacare Step 1.

8. Enfalac A+ Step 1

Satu lagi susu formula terbaik untuk bayi adalah jenama Enfalac A+. Dimiliki oleh syarikat Mead Johnson Nutrition, susu ini mengandungi nutrien seperti DHA, protein, karbohidrat, zat besi dan Vitamin A.

enfalac a+ harga

Harga pasaran antara RM50 ke RM55 untuk pek 400 gram. Sesuai untuk bayi sehingga 6 bulan.

Maklumat lanjut dan sample percuma boleh layari enfagrow.com.my.

Klik di sini untuk dapatkan susu Enfalac A+ Step 1.

9. Dumex Dupro 1 Infant

Mengandungi DHA, Kalsium, Vitamin A dan sebagainya.

dumex dupro 1 harga

Sesuai untuk bayi sehingga 12 bulan. Harga antara RM29 hingga untuk pek 900 gram.

Klik di sini untuk dapatkan susu Dumex Dupro.

10. Dumex Mamex Cherish Langkah 1

Mengandungi DHA, AA, Vitamin A,C,D,E, Protein, Kalcium, Zink dan Zat Besi.

dumex mamex harga

Sesuai untuk bayi sehingga 1 tahun. Harga anggaran RM60 untuk pek 600 gram.

Klik di sini untuk dapatkan susu Dumex Mamex.

11. Nestle Lactogen Langkah 1

Mengandungi Probiotik untuk membantu fungsi usus. Juga Kalsium untuk kekuatan tulang dan gigi. Lactogen juga mempunyai zat besi, DHA dan nutrien lain.

harga susu lactogen

Harga pasaran anggaran RM30 untuk pek 650 gram.

Klik di sini untuk dapatkan susu Nestle Lactogen.

12. Similac Step 1

Mengandungi DHA, Lutein, Vitamin E, Protein, Zink, Kalsium dan Vitamin D.

similac 1

Harga anggaran Rm60 untuk pek 600gram. Sesuai untuk bayi sehingga 12 bulan.

Klik di sini untuk dapatkan susu Similac Step 1.

13. SNOW Neo Baby Infant Formula Step 1

snow neo baby

Harga anggaran RM37 untuk pek 350 gram. Sesuai untuk bayi sehingga 9 bulan.

Maklumat lanjut boleh layari msbd.my.

Susu Formula Terbaik Pilihan Saya Adalah:

View Results

Loading ... Loading ...

Kebanyakkan susu formula ini boleh didapati di pasaraya dan online shop seperti Shoppe dan Lazada.

Kesimpulan

Susu ibu adalah terbaik untuk seorang bayi. Namun, dalam keadaan tertentu, kita sebagai ibu bapa perlukan altenatif dengan memberikan susu formula kepada bayi.

Nak tanya sikit, susu formula terbaik apa pernah anda guna untuk bayi anda? Kongsikan di ruangan komen atau jawab undian di atas.

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.