Press "Enter" to skip to content

10 Senarai Food Bank Terbaik di Malaysia

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Food bank memang telah lama wujud untuk memberi bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan. Namun, sejak setahun ini senarai food bank di Malaysia semakin mendapat sambutan dan sokongan dek kerana ramai individu terkesan dengan pandemik COVID-19.

Pada hari artikel ini di tulis, Malaysia mencatatkan 16,117 kes baru jangkitan COVID-19 dan pertama kali mencecah angka 1 juta untuk jumlah kes.

Dengan pandemik COVID-19 yang sudah berlarutan lebih setahun, banyak keluarga terjejas dari segi keperluan harian. Wang simpanan juga digunakan sedikit demi sedikit sehingga ada yang terpaksa menjual kenderaan untuk menyara hidup.

Salah seorangnya legenda gitaris terkenal, Man Kidal jual kereta untuk teruskan hidup.

Kes COVID sangat menakutkan kepada nyawa dan kesinambungan hidup manusia.

Jangan tertekan dengan hidup kerana setiap masalah ada penyelesaiannya. Salah satunya adalah dengan bantuan dari food bank.

Apa Itu Food Bank?

Jika bank adalah tempat simpan dan keluarkan duit, food bank pula adalah tempat ambil dan beri bantuan makanan. Sesuai dengan namanya bank bermaksud banyak makanan disediakan di situ. Kumpul makanan dan agihkan pada yang memerlukan.

Jom kita lihat senarai food bank yang aktif di Malaysia. Anda boleh minta sumbangan dan anda juga boleh berikan sumbangan. Sama-sama kita membantu.

1. KitaJaga.co

Merupakan satu platform digital secara online yang memboleh akan mendapatkan bantuan. Anda boleh layari laman web kitajaga.co dan pilih Saya perlu bantuan!

Jika anda ingin menyumbang, pilih saja Saya ingin bantu.

Ini merupakan satu initiatif terbaik oleh Teratotech yang memberi kemudahan kepada jutaan rakyat bekerjasama membantu antara satu sama lain. Good job, bro!

2. Yayasan Food Bank Malaysia

Info: Ditubuhkan pada 7 Januari 2019 sebagai sebuah Organisasi Bukan Untung & Bukan Kerajaan (NGO) untuk memimpin dalam mengurus dan menyelaraskan inisiatif Food Bank sebagai sebahagian daripada “inisiatif keprihatinan rakyat” (negara penyayang) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Alamat: Yayasan Food Bank Malaysia. No.8, Jalan BA 4/1, Kawasan Perindustrian Bukit Angkat 4, 43000, Kajang, Selangor
Hubungi: 03-8736 0117
Website: foodbankmalaysia.org
Facebook: yayasanfoodbankmalaysia

3. Food Aid Foundation

Info: Organisasi bukan kerajaan (NGO) yang merupakan bank makanan di Malaysia di mana pengeluar, pengedar, pemborong, peruncit, syarikat atau orang ramai boleh menyumbangkan makanan mereka yang tidak digunakan atau belum disentuh yang masih boleh dimakan.

Kemudian akan dikumpulkan dan diedarkan kepada badan amal / rumah kebajikan, organisasi kebajikan sukarelawan, keluarga miskin..

Alamat: No. 9 Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Hubungi: 03 9226 5500
Website: foodaidfoundation.org
Facebook: foodaidfoundation

4. Muhibbah FoodBank Malaysia

Alamat: 29-40, Jln Bukit Belian 3, 71750 Mantin, Negeri Sembilan
Hubungi: 013-777 6876
Facebook: Muhibbahfoodbank

5. Gerobok Kasih Petronas

food bank di malaysia

Info: Terdapat di kebanyakkan stesen minyak Petronas di selatan Malaysia seperti Petronas Bukit Kempas, Petronas Pulai Perdana, Petronas Pasir Putih Pasir Gudang, Petronas Taman Delima, Petronas Taman Austin Perdana.

6. Zero Hunger Program

Info: Inisiatif dari Brainy Bunch Foundation untuk membantu mereka yang memerlukan terutama keluarga yang tidak mempunyai cukup makanan.
Alamat: Jalan SP 10/1, Selangor Cyber Valley, 63000 Cyberjaya, Selangor
Hubungi: 0127773849 & 0162827916
Website: brainybunch.com

7. Program Dapur It’am 5.0

Info: Diasaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk meringankan beban golongan yang terkesan serta membawa senyuman kepada mereka.
Facebook: DapurItamJAWI

8. JAWI Food Bank

jawi food bank

Info: Diasaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersama rakan strategik di bawah misi #Musaadah COVID19.
Facebook: JAWIFoodBank

9. Petron Food Banks & Community Tables

Info: Food oleh stesen minyak Petron di kebanyakkan cawangan di seluruh Malaysia. Mereka juga menerima sumbangan dari insan prihatin.

 

food bank petron

food bank perak

food bank selangor

food bank kuala lumpur

food bank johor

food bank pahang

food bank terengganu

food bank kelantan

10. Food Bank Stesen Minyak Shell

Stesen minyak Shell juga memberikan bantuan makanan kepada yang memerlukan. Antara yang mengambil bahagian seperti di bawah:

https://www.facebook.com/shellsooncompany/posts/341268760926536

 

 

https://www.facebook.com/WangsaMajuNetizen/posts/4146456032117367

 

https://www.facebook.com/RNIPARTNERS/posts/225493912776053

 

Semoga perkongsian senarai food bank ini dapat memberi kita peluang untuk terus membantu sesama kita.

Kredit sumber:

theupdatenews24.com

sinarharian.com.my

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *