Press "Enter" to skip to content

Sabun Mandi Terbaik untuk Anak Usia Bawah 5 Tahun

Kanak-kanak mempunyai kulit yang lebih halus dan sensitif berbanding orang dewasa. Jadi, pemilihan sabun mandi terbaik untuk anak sangat penting pada mereka.

Ibu bapa perlu memastikan setiap produk penjagaan diri kanak-kanak bersesuaian dengan keadaan kulit mereka.

Salah satu produk penjagaan diri yang mesti ada di setiap kediaman yang mempunyai anak kecil ialah sabun mandi atau cecair mandian kanak-kanak.

Memandikan anak-anak dengan air semata-mata tidak menjadi masalah.

Namun seiring peningkatan usia, anak-anak akan semakin lasak serta seronok meneroka dunia sekeliling mereka. Ini termasuklah bermain dengan lumpur atau lopak air di halaman rumah.

Oleh yang demikian, ibu bapa tentu mahu anak membersihkan diri dengan betul dan benar-benar bebas dari sebarang bakteria dan kuman yang mungkin melekat di kulit sepanjang tempoh bermain.

Dalam perkongsian kali ini kami kongsikan 5 sabun mandi terbaik untuk anak anda yang berusia bawah 5 tahun.

1. Betadine Natural Defense

Jenama pilihan ibu bapa sejak 45 tahun kewujudannya. Ia dirumus daripada bahan semula jadi yang sesuai untuk semua jenis kulit.

sabun mandi terbaik untuk anak

Mandian Betadine menawarkan tiga variasi pilihan iaitu Madu Manuka, Tea Tree Oil dan Ekstrak Delima.

Ketiga-tiganya diformulasi agar dapat membersih, menyegar serta membunuh sehingga 99.99 peratus kuman agar kulit si manja kekal sihat.

Madu Manuka yang mengandungi antibakteria membantu proses penyembuhan serta mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Tea Tree Oil yang dirumus dalam mandian Betadine Natural Defense bertindak sebagai antiseptik yang melindungi kulit si manja dari kuman dan bakteria.

Manakala ekstrak delima kaya dengan antioksidan yang mampu memberi kesegaran di samping membersihkan kuman pada kulit.

2. Pureen Baby Bath Aloe Vera with Vitamin E

Satu lagi sabun mandi terbaik untuk anak anda. Mengandungi ekstrak lidah buaya membantu menjadikan kulit kanak-kanak lebih lembap sepanjang hari.

Ia juga melindungi kulit mereka daripada kuman dan bakteria agar kekal sihat.

 

pureen baby bath

Mandian Pureen Aloe Vera with Vitamin E ini dapat mengurangkan kesan iritasi dan kegatalan ketika berada dalam cuaca terlampau kering.

Penggunaan mandian Pureen ini memberi kemudahan kepada ibu bapa kerana tidak perlu menyediakan minyak atau krim pelembap berasingan.

Ini kerana kandungan ekstrak lidah buaya dan vitamin E di dalamnya sudah cukup untuk memastikan kulit si manja kekal lembap dan lembut sepanjang masa.

3. Carrie Bac Buster

Mandian dari rangkaian Carrie sememangnya sentiasa menjadi pilihan ibu bapa.

Teksturnya yang halus membuatkan ia sangat selesa digunakan pada bayi dan kanak-kanak.

carrie bacbuster

Mandian Carrie Bac Buster dirumus khas dengan bahan antibakteria yang mampu melindungi kulit sehingga 99.99 peratus daripada bakteria dan kuman berbahaya.

Mandian ini bebas dari bahan seperti parabens, alkohol dan sabun, menjadikan ia pilihan selamat untuk kegunaan kanak-kanak.

4. Lifebuoy Total 10 Active Silver Antibacterial Bodywash

Perlindungan terhadap bakteria berbahaya adalah amat penting khususnya untuk anak-anak yang sedang membesar.

lifebuoy

Kehidupan mereka yang lasak serta sentiasa teruja untuk meneroka dunia sekeliling membuatkan mereka mudah terdedah kepada bakteri dan kuman.

Lifebuoy Total 10 memberikan perlindungan 10 kali ganda terhadap bakteria dan kuman yang terdapat di sekeliling kanak-kanak.

5. Aiken Antibacterial Protect and Brightening

Krim mandian dari jenama Aiken ini menggabungkan ekstrak sakura dan pokok akar manis (liquorice root).

Harumannya semerbak serta mempunyai buih lembut yang membelai kulit anak-anak.

aiken

Mandian Aiken tidak sahaja mengandungi kuasa antibakteria untuk menghapuskan bakteria dan kuman pada kulit, malah ia turut memelihara kelembapan kulit si manja.

Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa mendapatkan sabun mandi terbaik untuk anak anda di rumah.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.