18 Resort dan Hotel Bajet di Langkawi di Bawah RM200 Semalam

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Pulau Langkawi memang terkenal dengan tempat menarik. Oleh sebab ia tempat perlancongan yang popular, banyak hotel bajet wujud di Langkawi untuk membantu para pelancong.

Tujuan utama hotel bajet adalah dapat menjimatkan wang. Bagi sesetengah pelancong tidak kira tempatan ataupun warga asing, penginapan asas adalah mencukupi untuk mereka.

Contohnya seperti katil, bilik air, letak kereta dan berdekatan dengan tempat pelancongan dan kemudahan asas.

Ini kerana tujuan melancong adalah melihat keindahan dan tempat menarik di Langkawi.

Selain itu, dapat bersama keluarga dan anak-anak bergembira di tempat tersebut. Tempat menginap asalkan selesa sudah memadai.

Tempahan hotel, motel dan resort ini boleh di buat di Booking.com. Harga adalah berdasarkan diskaun yang ditawarkan di website hotel tersebut.

Kami gunakan simulasi tempahan untuk dua orang dewasa (ibu bapa) dengan seorang anak (kanak-kanak).

Jika anda mempunyai keluarga yang ramai, harga yang kami kongsi mungkin lebih tinggi.

Untuk harga hotel bajet bawah RM200 ini juga bergantung kepada promosi terkini dari Booking.com. Mungkin lebih murah atau lebih tinggi ketika anda sedang membaca artikel ini.

Cara mencari hotel bajet RM200 ke bawah:

1. Klik Booking.com

2. Tentukan tempat lawatan, tarikh menginap dan bilangan ahli keluarga (dewasa dan kanak-kanak).

3. Pilih harga hotel untuk satu malam. Untuk hotel di bawah RM200, klik bahagian saringan bajet yang disediakan (rujuk gambar di bawah). MYR ada simbol matawang Ringgit Malaysia.

Hotel Bajet di Langkawi 200

Kami kongsikan 18 resort dan hotel bajet di Langkawi di bawah RM200 untuk panduan anda.

1. Langgura Baron Resort – RM199 Semalam

Terletak di Pantai Cenang di samping sebelah Cenang Mall. Langgura Baron Resort menyediakan penginapan asas dan kolam renang di bahagian luar.

Parking kenderaan percuma. Resort turut menyediakn Internet WiFi secara percuma.

Langgura Baron Resort
Rating Booking.com7.5 (Baik)
AlamatLanggura Baron Cenang Beach, 16, Jalan Pantai Chenang,
Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon604-955 7771
Websitebarongrouphotels.com

2. Malibest Resort – RM184 Semalam

Hotel yang sederhana berdekatan dengan Pantai Cenang. Hanya berjalan kaki untuk ke pantai, kedai cenderahati dan restoran berdekatan. Hanya 10 minit berjalan kaki dari Underwater World Langkawi.

Malibest Resort
Rating Booking.com6.7 (Sederhana)
AlamatMalibest Resort, Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+604 9558202 / 604 9558222
Websitemalibestresort.com

3. Sri Embun Resort Langkawi – RM144 Semalam

Tempat penginapan bertaraf 2 bintang dengan balkoni peribadi.

Rating Booking.com8.8 (Mengagumkan)
AlamatSri Embun Resort, Park N’ Ride Pantai Cenang, Jalan lye, Kampung Lubuk Buaya, 07000 Pantai Cenang, Langkawi, Kedah,
Telefon6018-383 2723
Websitesri-embun-resort.business.site

4. Chuu Pun Village Resort – RM162 Semalam

Resort yang terletak di Pantai Cenang, penginapan dengan kolam renang luaran, tempat letak kereta percuma serta lounge berkongsi dan taman.

Chuu Pun Village Resort
Rating Booking.com8.4 (Sangat Baik)
AlamatLot 1018, Kampung Kuala Temonyong, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi, Kedah
Telefon604-955 9935

5. Hotel Asia – RM126 Semalam

Terletak di Pekan Kuah dan berdekatan dengan Langkawi Fair Shopping Mall dan Pandak Mayah Commercial & Shopping Centre.

Hotel Asia
Rating Booking.com7.8 (Baik)
Alamat3 & 4, Jalan Persiaran Putra, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah
Telefon604-969 2288

6. Landcons Hotel & Resort – RM184 Semalam

Selain kemudahan hotel bajet di Langkawi, ia juga mempunya sebuah restoran terbuka, spa ikan beserta bilik dengan Wi-Fi percuma.

Landcons Hotel & Resort
Rating Booking.com6.6 (Sederhana)
AlamatLot 2616, Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi, Kedah
Telefon604-953 1100

7. Norshah Village Resort – RM170 Semalam

Bertaraf 2 bintang mempunyai kolam renang luaran, bilik-bilik dengan penyaman udara serta WiFi percuma. Parking boleh disediakan dengan bayaran tambahan.

Norshah Village Resort
Rating Booking.com8.7 (Mengagumkan)
AlamatKampung Kuala Temonyong, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi, Kedah
Telefon6017-776 1935

8. Green Village Langkawi Resort – RM141 Semalam

Terletak di Pantai Cenang dalam jarak 400 meter dari Pantai Tengah. Ia mempunya taman dan pemandangan kolam renang.

Green Village Langkawi Resort
Rating Booking.com5.0 (Agak Sederhana)
AlamatJalan Pantai Tengah, Teluk Baru, 07100 Pantai Cenang, Langkawi, Kedah
Telefon604-955 3117

9. We Hotel Langkawi – RM134 Semalam

Hotel bajet di Langkawi seterusnya adalah We Hotel. Terletak di Pekan Kuah dengan pemandangan bandar dan tempat menarik lain di Langkawi.

We Hotel Langkawi
Rating Booking.com7.4 (Baik)
AlamatLot 2G Mahacity Business Centre Jalan Mahawangsa 1 Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon604-961 0966

10. MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi – RM167 Semalam

Menawarkan bilik-bilik dengan kemudahan asas, bilik mandi peribadi, akses Wifi percuma. Bilik asas seperti TV skrin rata, meja dan penghawa dingin.

MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi
Rating Booking.com7.7 (Baik)
AlamatJalan Chandek Kura Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi, Kedah
Telefon604-955 2253

11. Corrie Chalet Langkawi – RM130 Semalam

Chalet ini menyediakan bilik-bilik yang selesa dengan balkoni peribadi dan bilik mandi.

Corrie Chalet Langkawi
Rating Booking.com6.5 (Sederhana)
AlamatJalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon604-955 1200

Dapatkan lebih penjimatan jika anda menempah hotel secara online. Klik Booking.com untuk dapatkan tawaran istimewa.

12. Bahagia Hotel Langkawi – RM187 Semalam

Hotel bajet di Langkawi seterusnya adalah Bahagia Hotel Langkawi. Menyediakan bilik-bilik yang moden dengan TV satelit berskrin rata.

Jarak perjalanan juga berdekatan dengan Pusat Membeli-Belah Kamdar dan kedai-kedai bebas cukai.

Bahagia Hotel Langkawi
Rating Booking.com8.0 (Sangat Baik)
AlamatNo.68-78 Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall Phase II, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah
Telefon604-969 8899

13. Luxor Empire – RM160 Semalam

Penginapan ini menyediakan suasana tepi pantai dalam jarak 150 meter dari Pantai Cenang serta pelbagai kemudahan seperti restoran dan taman.

Luxor Empire
Rating Booking.com6.3 (Sederhana)
AlamatLot 1675 Kampung Tanjung Mali, Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi, Kedah
Telefon6011-1145 8861

14. D’cruz Sunrise Villa – RM150 Semalam

Semua bilik dilengkapi denganTV skrin rata dengan saluran rancangan dan bilik mandi peribadi. Berdekatan dengan Kereta Kabel Langkawi (Langkawi SkyCab).

D'cruz Sunrise Villa
Rating Booking.com8.3 (Sangat Baik)
Alamat5, Jalan Kuala Teriang, 07100 Langkawi, Kedah
Telefon6018-271 9660

15. OYO 90561 Awan Biru Motel – RM134 Semalam

Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan ruang tempat duduk, penghawa dingin dan TV. Unit tertentuu di OYO 90561 Awan Biru Motel mempunyai balkoni.

Awan Biru Motel
Rating Booking.com7.3 (Baik)
AlamatLot 935,154, Kampung Bohor Tempoyak, Jalan Panati Cenang, Mukim Kedawang, Pantai Cenang, Langkawi, Kedah
Telefon6011-1563 7800

16. Alpha Motel – RM173 Semalam

Satu lagi hotel bajet di Langkawi adalah Alpha Motel. Semua bilik dilengkapi dengan meja, TV skrin rata dan bilik mandi peribadi. Pada balkoni terdapat pemandangan taman.

Alpha Motel
Rating Booking.com7.6 (Baik)
AlamatKampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon6012-241 3931

17. OYO 90605 Nurulhuda Langkawi Hillview Roomstay – RM122 Semalam

Terletak di Kuah, penginapan bertaraf 2 bintang dengan berhawa dingin, peti sejuk, TV dan balkoni peribadi.

Nurulhuda Langkawi Hillview Roomstay
AlamatNo 27 Kampung Mata Air Mukim, 07000 Kedah
Telefon60 17-541 6343

18. SR Villa Langkawi – RM126 Semalam

Villa untuk penginapan bertaraf 2 bintang yang terletak di Kisap, Langkawi. Tempat penginapan ini menawarkan bilik dengan TV dan WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan.

SR Villa Langkawi
Rating Booking.com9.0 (Hebat)
AlamatLot 458, Kampung Kisap, Mukim, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon6012-453 1420

Semoga hotel bajet di Langkawi ini dapat memberikan idea dan perancangan awal untuk anda bersedia dari segi kewangan sebelum melancong ke pulau lagenda ini.

Dapatkan lebih penjimatan jika anda menempah hotel secara online. Klik Booking.com untuk dapatkan tawaran istimewa.

Apa pendapat anda? Jom kongsikan di ruangan komen.

Kredit info dan gambar Booking.com

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *