Press "Enter" to skip to content

21 Makanan Terbaik Elak Sembelit Pada Anak

Last updated on 03/11/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Menangis, resah dan tidak selasa ketika buang air besar. Itu tanda-tanda terjadi kepada anak-anak ketika sembelit. Dalam artikel kali ini, saya kongsikan 21 makanan terbaik elak sembelit sebagai penyelesaian kepada anak-anak.

Kenapa Berlaku Sembelit?

Punca utama adalah kekurangan air dan juga makan serat dalam badan untuk penghadaman. Kesannya, najis menjadi keras dan susah untuk dikeluarkan.

Apabila najis keras dipaksa keluar dengan meneran, geseran dengan otot pada lubang najis akan menyebabkan luka dan sakit. Akan ada sedikit darah dan menyebabkan sakit kerana luka tersebut.

Antara punca yang biasa didengar adalah minum susu formula. Berbeza dengan susu ibu yang lebih mudah hadam, susu formula sukar dihadam yang masuk ke dalam usus.

Sebagai ibu bapa, apa anda boleh buat untuk mengelakkan sembelit? Jom ketahui 21 makanan terbaik elak sembelit yang boleh kita amalkan.

1. Betik

Makanan pertama untuk mengelak sembelit adalah buah betik. Ya, harganya murah dan mampu beli.

Buah betik mengandungi serat dan juga vitamin A yang membantu proses pencernaan makanan agar mudah dihadam.

buah potong sembelit

Nak mudah makan buah, beli sahaja buah potong di kedai. Kredit gambar vanillakismis.my

2. Lobak Merah

Boleh dimakan sahaja, dibuat jus atau dimasak. Lobak mempunyai serat yang tinggi.

3. Buah Naga Merah

Ada dua jenis buah naga di pasaran iaitu berisi merah dan putih. Untuk kanak-kanak, boleh berikan jenis merah kerana lebih manis.

4. Pisang

Orang tua-tua selalu berpesan, jika susah buang air besar, makan pisang.

Bukan saja baik untuk kanak-kanak, ia juga sangat bermanfaat untuk orang dewasa.

Pisang mengandungi kanji BRS (Banana Resistant Starch) dan juga fiber bernama Pectin.

Ia bermanfaat untuk proses penghadaman dan kelembapan dalam najis. Jadi najis akan mudah keluar secara normal.

5. Buah Prun

Boleh beli di kedai yang diimport dari luar. Makan 2 hingga 3 biji dan sangat bagus untuk buang air besar.

prun elak sembelit

Sunsweet Prunes adalah buah prun terkenal di Malaysia. Dapatkan Sunsweet Prune Di Sini

6. Sayuran Hijau

Sayuran hijau ada banyak di pasaran. Ia mempunyai kandungan serat yang baik. Contohnya sawi, kangkung, bayam dan kacang panjang.

7. Buah Kiwi

Secawan kiwi mengandungi 5 gram serat (fiber) untuk membantu pencernaan makanan.

8. Buah Limau

Selain kaya dengan vitamin C, buah limau juga mengandungi 4 gram serat untuk elakkan sembelit.

9. Brokoli

Selain mengandungi serat sebagai makanan terbaik elak sembelit, brokoli juga mengandungi antioksidan vitamin dan mineral. Ada banyak khasiat memakan brokoli yang berfaedah untuk tubuh badan.

10. Kacang Buncis

Mengandungi serat, protein dan zat besi.

11. Nenas

Buah nenas ada enzim bromelin yang membantu memecahkan ‘lemak’ protein kepada bentuk mudah dihadam. Jika mudah dihadam, jadi sangat membantu pencernaan kepada anak-anak.

Enzim bromelin ini didapati daripada bahagian tengah nenas atau empulur.

12. Tembikai

90% kandungan buah tembikai adalah air. Sangat sedap dimakan, dibuat jus atau dimakan bersama nasi. Tembikai ada Vitamin A dan C, asid folik dan magnesium.

Disebabkan ia banyak air dan serat, jadi tembikai menjadi salah satu makanan terbaik elak sembelit.

13. Avokado

Terdapat kira-kira 6 gram serat dalam 100gram buah avokado. Jadi bermanfaat untuk membantu sembelit dan mengurangkan risiko kanser kolon.

buah avokado anak sembelit

Buah avokado

14. Kacang Hijau

Kaya dengan serat dan vitamin A, B, C, zat besi dan protein.

15. Taugeh

Makanan yang murah tetapi banyak kebaikan untuk pencernaan anak-anak

16. Buah Beri

Strawberi, blueberi, rasberi dan blackberry termasuk dalam kategori ini. Mengadungi 2 hingga 4 gram serat dalam setangkai buah.

17. Epal

Kandungan serat membantu pencernaan. Buah epal dikategorikan sebab buah murah dan sudah pasti boleh dibeli oleh setiap orang.

18. Yogurt

Yogurt ada banyak protein dan probiotik untuk pencernaan. Ia sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Antara jenis-jenis yogurt seperti plain, low fat dan berperisa.

Ada banyak jenama yogurt di pasaran seperti Farm Fresh, Marigold, Nestle.

yogurt untuk kanak-kanak

Antara yogurt yang popular di pasaran. Saya lebih suka Farm Fresh.

19. Roti Gandum

Makanan yang tinggi karbohidrat dan serat. Bagus untuk kanak-kanak kerana rendah lemak. Di Malaysia ada beberapa jenama terkenal seperti Gardenia dan Massimo.

20. Halia

Halia agak susah dimakan tanpa masak oleh kanak-kanak. Kita juga tak lalu nak makan.

Ia makanan tambahan dalam masakan. Dengan memakan halia dapat merangsang hempedu mengeluarkan ‘bile’ atau cecair coklat kekuningan untuk memudahkan proses penghadaman.

21. Kunyit

Kunyit bersifat mentona yang membantu sembeli. Kunyit juga bagus untuk menguatkan hati.

Kesimpulan

Selain air, memberi makanan berserat kepada anak-anak adalah satu langkah bijak untuk mengurangkan risiko.

Kesian lihat anak tidak selesa, sakit dan menangis. Kita sebagai ibu bapa juga bimbang dan kesian melihat masalah mereka.

Beri makanan terbaik untuk kesihatan berkekalan kepada anak-anak tersayang.

Apa makanan terbaik anda berikan pada anak? Kongsikan di ruangan komen. Boleh sama-sama bantu yang lain.

Jom tonton versi video pula mengenai 5 makanan terbaik elak sembelit pada anak =)

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *