3 Laptop di Bawah RM1500 untuk Anak-Anak Belajar di Rumah

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Anak-anak belajar di rumah perlukan komputer atau laptop. Artikel kali ini, kami akan kongsikan 3 laptop di bawah RM1500 sebagai pilihan ibu bapa.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekarang telah membataskan setiap pergerakan kita. Kesan pandemik ini memberi kesan yang sangat luar biasa sehingga ramai yang diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi.

Bukan itu sahaja, ramai yang diantara kita telah kehilangan orang-orang yang kita sayangi.

Selain itu, anak-anak tidak dapat ke sekolah kerana risau berlaku penularan jangkitan tersebut.

Menjadi masalah apabila anak-anak terpaksa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan kekurangan gajet untuk meneruskan sesi pembelajaran.

Kini, ibu bapa boleh dapatkan laptop di bawah RM1500 untuk anak-anak belajar di rumah. Jadi ini membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah anak-anak yang kerap terlepas sesi pembelajaran itu.

Apakah jenama laptop di bawah RM1500 yang ada di pasaran Malaysia?

1. ASUS Chromebook Flip

Asus adalah antara jenama laptop yang terbaik di Malaysia. Dan jika laptop ASUS mempunyai masalah, ASUS adalah antara salah satu jenama yang mempunyai pusat servis di seluruh Malaysia dan menawarkan jaminan sehingga 3 tahun.

Laptop ASUS ini boleh di lipat mengikut keperluan kita (flip) kepada 4 keadaan iaitu Laptop mode, Tent mode, Tablet mode dan Slate mode.

Spesifikasi ASUS Chromebook Flip seperti di bawah:

  • Processor: Intel® Celeron® N4020 Processor 1.1 GHz (4M Cache, up to 2.8 GHz, 2 cores)
  • Memory: 4GB RAM
  • Hard disk: 32G EMMC
  • Graphics: Intel® HD Graphics 600
  • Monitor Display: 11.6″HD
  • OS: ChromeOS
  • Battery: 50WHrs, 3S1P, 3-cell Li-ion
  • Weight: 1.20kg
  • Size: 29.2 (W) x 19.9 (D) x 1.95 ~ 2.05 (H) cm
  • Web cam: Yes (5.0M camera (720p video recording)
  • Audio & Video: Built-in speaker, Built-in array microphone with Google Assistant voice-recognition support

Maklumat lanjut dan pembelian, anda boleh layari ASUS Chromebook Flip.

2. LENOVO IDEAPAD MIIX D330

Sama seperti ASUS, model ini juga boleh dilipat (flip). Namun storage adalah lebih besar iaitu 128Gb berbanding Lenovo di atas dan memberi lebih ruang untuk simpanan fail dan dokumen.

lenovo ideapad flip

Spesifikasi LENOVO IdeaPad Miix D330 seperti di bawah:

  • Processor Intel Celeron N4020
  • Graphics Integrated Intel UHD Graphics
  • Memory 4GB RAM
  • Display 10.1″ HD (1280×800) IPS
  • Storage 128GB eMMC
  • Operating System Windows 10 PROFESSIONAL
  • Warranty 1 Year Carry-In Warranty

Maklumat lanjut dan pembelian, anda boleh layari LENOVO IdeaPad Miix D330.

3. HP Chromebook X360 11 G3

Laptop di bawah RM1500 seterusnya adalah dari jenama HP. Laptop ini dibuat khusus untuk kegunaan pelajar kerana fungsinya yang membantu pembelajaran.

laptop di bawah rm1500

Spesifikasi HP Chromebook X360 11 G3:

  • Operating system: Chrome OS™
  • Processor: Intel® Celeron® N4020 with Intel® UHD Graphics 600 (1.1 GHz base frequency, up to 2.8 GHz burst frequency, 4 MB cache, 2 cores)
  • Display: 11.6″ diagonal, HD (1366 x 768), touch, IPS, BrightView, 220 nits, 50% NTSC
  • Memory: 4 GB LPDDR4-2400 MHz RAM (onboard)
  • Internal Storage: 32 GB eMMC
  • Graphics (integrated): Intel® UHD Graphics 600
  • Power: 45 W USB Type-C™ adapter
  • Battery type: HP Long Life 2-cell, 47 Wh Li-ion polymer
  • Weight: Starting at 1.45 kg
  • Manufacturer Warranty: 1 year

Maklumat lanjut dan pembelian, anda boleh layari HP Chromebook X360.

Cara menentukan spesifikasi laptop yang sesuai dengan bajet bawah RM1500?

Spesifikasi dibawah antara yang perlu anda selidik sebelum membeli agar anda dapat memiliki laptop yang berkualiti .

1. Pilihlah sistem operasi yang biasa anda gunakan sebelum ini

Pilih sistem operasi yang telah biasa anda gunakan kerana anda tidak membuang masa untuk mempelajari sistem operasi yang baru.

Tetapi tidak salah jika memilih sistem operasi yang baru kerana anak-anak yang menggunakan dapat mempelajari dengan lebih lanjut sistem operasi itu.

2. Saiz Skrin Laptop

Ambil sedikit masa untuk melihat skrin yang sesuai untuk kegunaan anda. Saiz skrin boleh bermula daripada kira-kira 11 inci hingga 17 inci.

Skrin besar amat sesuai untuk bermain permainan, menonton filem, menyunting gambar dan video serta melihat dokumen sebelah menyebelah.

3. Resolusi Skrin (Resolution)

Skrin laptop didatangkan dalam pelbagai resolusi (diukur dalam piksel, mendatar x menegak):

HD: Resolusi 1366 x 768 adalah standard pada laptop arus perdana. Sesuai untuk melayari web, e-mel dan tugas-tugas asas pengkomputeran.

HD+: Resolusi 1600 x 900 pula sesuai untuk permainan kasual dan menonton filem DVD.

Full HD: Resolusi 1920 x 1080 membolehkan anda untuk menonton filem Blu-ray dan bermain permainan video.

Paparan Retina (Retina display): Resolusi 2304 x 1440, 2560 x 1600 dan 2880 x 1800 terdapat dalam paparan Apple 12“, 13.3″ dan 15.6 ” masing-masing.

4. Pemprosesan (Processor)

Ada dua pemain utama untuk pemprosesan yang popular di Malaysia iaitu Intel dan AMD.

Intel Atom: Boleh ditemui pada netbook 1Malaysia yang berkos rendah. Ia menawarkan prestasi asas tetapi penggunaan baterinya lebih baik berbanding dengan Celeron/Pentium.

Intel Pentium/Celeron: Hanya sesuai untuk e-mel, Internet dan produktiviti tugas-tugas asas.

Intel Core m3/m5/m7: Direka untuk peranti Ultraslim. Penggunaan kuasa dan haba adalah rendah sehingga ia tidak memerlukan kipas. Prestasi lebih baik berbanding dengan Celeron tetapi tidak dapat menandingi Core i3/i5.

Intel Core i3/i5:  Kombinasi terbaik daripada segi prestasi dan harga.

Untuk pembelian laptop, amat penting untuk anda memilih processor Intel. Sekurang-kurangnya cuba dapatkan Intel Core i5 dan ke atas.

Elakkan pemproses Intel Atom dan Pentium/Celeron. Kerana prestasi pemproses ini sangat perlahan.

Dan jika anda ingin membeli laptop di bawah RM1500 untuk anak-anak belajar di rumah, anda boleh terus pergi ke kedai atau kedai-kedai yang menjual laptop dan computer yang berdekatan dengan anda.

Namun beli secara online seperti di Shopee adalah lebih jimat dan mudah.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *