Press "Enter" to skip to content

9 Lampin Pakai Buang Terbaik Untuk Anak di Bawah 3 Tahun

Last updated on 12/07/2021

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Apa lampin pakai buang terbaik untuk anak anda? Dalam artikel ini, kami kongsikan idea untuk anda memililih lampin terbaik untuk si manja.

Lampin pakai buang sememangnya telah menjadi keperluan asas yang perlu ada di rumah sekiranya terdapat bayi atau anak kecil berusia bawah 3 tahun.

Tahukah anda, 12% daripada sisa buangan yang ditemui setiap hari adalah lampin pakai buang.

Para penyelidik menganggarkan, satu lampin pakai buang memerlukan 200 tahun untuk mereput – Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)

Di Malaysia, dianggarkan lebih 9 juta lampin pakai buang digunakan setiap hari.

Nak kitar semula tak boleh, jadi perlu ada satu solusi bagaimana mengawal penggunaan dan pembuangan sisa ini.

Pemakaian lampin pakai buang ini banyak membantu memudahkan para ibu dan bapa untuk menguruskan kerja rumah kerana tidak perlu berulang kali menukar lampin anak apabila mereka membuang air.

Terdapat banyak pilihan lampin pakai buang di pasaran. Semestinya ibu bapa mahukan yang paling berbaloi dan sesuai untuk anak masing-masing.

Ini kerana tidak semua jenama di pasaran sesuai untuk semua kanak-kanak. Ada yang mempunyai kulit lebih sensitif berbanding kanak-kanak lain.

Oleh itu, ibu bapa perlu memilih lampin yang benar-benar sesuai untuk anak tersayang.

Berikut kami kongsikan 9 LAMPIN PAKAI BUANG TERBAIK UNTUK ANAK BERUSIA BAWAH 3 TAHUN.

1. Drypers Wee Wee Dry

Drypers merupakan jenama lampin pakai buang yang popular di Malaysia.

lampin pakai buang terbaik

Wee Wee Dry adalah salah satu produk Drypers yang sentiasa menjadi pilihan ibu bapa kerana kualitinya yang agak memuaskan di samping harga yang berpatutan.

Lampin Wee Wee Dry menjanjikan keselesaan serta memenuhi keperluan si manja sejak dari dilahirkan sehinggalah mencapai usia kanak-kanak.

Diperinci dengan Stool Lock System untuk memerangkap najis lembut.

Juga lapisan Soft Absorbdry bagi memerangkap urin dengan pantas lalu menyalurkannya secara sekata agar tiada kebocoran menjadikan lampin Drypers Wee Wee Dry sentiasa dalam senarai pilihan ibu bapa.

Tahukah anda, Drypers memberikan anda mata ganjaran melalui Drypers Baby Club. Anda kumpul point dan dapat tukarkan dengan produk Drypers.

Klik di sini untuk mendapatkan lampin Drypers pada harga diskaun.

2. Pet Pet

Jenama Pet Pet semakin dikenali ramai. Bukan sahaja kerana harganya yang berpatutan malah keselesaan lampinnya membuatkan ramai ibu bapa memilih jenama ini untuk si manja masing-masing.

petpet promosi

Lampin Pet Pet kini dilengkapkan dengan pelekat velcro yang memudahkan ibu bapa untuk melaraskan lekatan pada bahagian pinggan anak.

Magic Gel yang terkandung di dalam setiap lampin Pet Pet juga membantu serapan sehingga 70 peratus cecair agar kulit si manja kekal kering dan selesa sentiasa.

Klik di sini untuk mendapatkan lampin PetPet.

3. Fitti

Lampin keluaran negara China ini mempunyai lapisan dalam yang lembut seakan membelai kulit si kecil kesayangan.

fitti lampin

Ia juga mempunyai daya serapan berganda membuatkan kulit bayi sentiasa kering dan selesa sepanjang hari.

Keistimewaan ini memudahkan ibu bapa kerana tidak perlu menukar lampin dengan kerap.

Klik di sini untuk mendapatkan lampin Fitti.

4. Whoopee Baby Diaper

Satu lagi jenama lampin pakai buang terbaik yang semakin mendapat tempat di hati ibu bapa.

Ini kerana lampin Whoopee Baby Diaper ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang mampu mengawal kebocoran air kencing si manja.

whoopee

Drylock Absorbent Core yang terdiri daripada 100 peratus kapas lembut menjadikan lampin Whoopee Baby Diaper pilihan yang disenangi terutamanya untuk bayi baru lahir.

Ia bukan sahaja lembut pada lapisan dalam, malah lapisan luarnya juga lembut seakan kain.

Ciri ini membolehkan kulit bayi bernafas dengan mudah sekaligus menjadikan ia kering selesa sepanjang masa.

Klik di sini untuk mendapatkan lampin Whoopee.

5. MamyPoko Extra Dry

Lampin MamyPoko menjanjikan keselesaan sepanjang hari dan malam kepada si manja.

Ia juga antara pilihan terbaik bagi bayi yang mempunyai kulit sensitif.

mamypoko extra dry

Ciri istimewa ini membantu si kecil kesayangan ibu bapa melakukan aktiviti dengan gembira dan ceria.

Selain itu, MamyPoko Extra Dry direka dari kain kapas organik lembut dengan lapisan dalamnya mempunyai pori kecil agar pengudaraan dapat mengalir dengan baik, menjadikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa.

Ia juga membantu mengelakkan ruam serta keradangan pada kulit si manja.

Klik di sini untuk mendapatkan lampin Mamy Poko.

6. Huggies Dry

Satu lagi jenama terkenal adalah Huggies. Lampin ini membantu dari kekeringan dan peredaran udara dan terbukti secara klinikal untuk membantu mencegah ruam lampin atau dermatitis.

huggies dry

Huggies memperkenalkan teknologi DryXpert Channel iaitu:

  • Teknologi saluran berbentuk X yang terkini dapat menyalurkan air kencing dengan 4 cara di pad untuk penyerapan cepat dan menutupnya supaya kulit lembut bayi anda kering dan selesa.
  • XTRA FLEX FIT yang mengedarkan air kencing secara lebih sekata untuk meningkatkan kesesuaian dan kelenturan lampin agar bayi selesa.
  • Menyerap air kencing sehingga 10 jam, membantu bayi anda merasa kering sepanjang malam. Ini memang kita sangat suka sebab tak perlu tukar lampin dan sudah semestinya lebih jimat wang.
  • Pengudaraan keluar lebih cepat untuk membantu menjaga kulit bayi lebih kering dan selesa.
  • Teknologi U-fold menjadi penghalang kebocoran berganda yang membantu mencegah kebocoran air kencing di sepanjang kaki.

Klik di sini untuk mendapatkan lampin Huggies Dry.

7. Diapex Easy

Mempunyai Wonder Tape (Hook & Loops), DIAPEX Easy ditingkatkan untuk memenuhi kehendak pengguna dan mengikut standard pasaran.

diapex easy

DIAPEX Easy juga dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti Cottony Soft Top Sheet, Breathable Cloth-like Cover, Stretchable Waist Bands dan Wet Shield.

Antara kebaikannya adalah:

  • Penutup seperti kain yang boleh bernafas untuk aliran udara yang lebih baik.
  • Lembaran Lembut Cottony untuk memastikan bayi tetap sejuk dan selesa sepanjang hari.
  • Lapisan biru yang menahan kelembapan dan menyalurkan bendalir ke bawah untuk mengelakkan kepekatan kelembapan berlebihan di satu tempat.

Ia dilengkapi dengan 3 saiz pembungkusan, Travel Pack, Convenient Pack dan Mega Pack.

Klik di sini untuk mendapatkan lampin Diapex Easy.

8. Genki!

Tahukah anda, Genki! adalah sebahagian daripada Oji Holdings Corporation, peneraju industri pulpa dan kertas di Jepun selama hampir 140 tahun.

genki

Memang sangat berpengalaman luas dalam penghasilan lampin pakai buang.

Antara kelebihan Genki! adalah:

  • Ultra yang kukuh dapat menyerap basah bayi dengan cepat, menjaga kulit bayi sentiasa kering dan selesa.
  • Membaluti dengan lembut kulit bayi dengan bahan bukan tenunan yang tebal dan lembut.
  • Penutupan luaran yang menjaga bahagian bawah bayi kering dan selesa dengan membiarkan kelembapan keluar, dan udara segar masuk.
  • Lingkaran getah yang elastik dan lembut memberikan keselesaan kepada anak anda.

Klik di sini untuk mendapatkan lampin Genki.

9. Merries

Lampin pakai buang terbaik seterusnya adalah Merries.

merries

Kelebihan Merries adalah:

  • Pengudaraan selasa dan lembut pada kulit bayi
  • Sangat sesuai semasa mengalirkan haba panas tidak kira betapa aktifnya bayi.
  • Light Airy Wavy Mesh di dalam lampin sangat berudara di samping mengeluarkan kelembapan melalui kawasan yang tersembunyi.
  • Mampu membuat regangan sehingga 2.5 kali ganda dari saiznya.

Klik di sini untuk mendapatkan lampin Merries.

Pilihan Di Tangan Anda

Secara peribadi, saya telah menggunakan Drypers dan MamyPoko. Setakat ini berpuas hati dengan kedua-duanya.

Kita dapat apa yang kita bayar. Jika lampin murah, perlu kerap tukar. Jika lampin lebih mahal, kurang sedikit bertukar.

Jika dikirakan, kedua-duanya hampir sama. Tepuk poket tanya duit di dalamnya. Boleh berjimat-cermat tetapi perlu pada tempatnya.

Inilah antara pilihan lampin pakai buang terbaik untuk si manja kesayangan. Setiap satunya mempunyai ciri istimewa tersendiri.

Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa sekalian membuat pilihan terbaik untuk anak-anak.

RUJUKAN:

https://my.theasianparent.com/jenama-pampers

https://100comments.com/blog/10-jenama-lampin-pakai-buang-yang-terbaik-buat-si-manja/

https://productnation.co/my-bm/5586/lampin-pampers-bayi-terbaik-malaysia/

https://en.since-expo.com

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *