Press "Enter" to skip to content

Anak Ramai? Ini 7 Kereta Terbaik Untuk Keluarga Besar Anda

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Saban tahun, ahli keluarga meningkat. Dari hanya suami dan isteri, kini sudah ada anak. Dari seorang kepada dua tiga orang. Jadi, anda sudah semestinya perlukan sebuah kereta terbaik untuk keluarga.

Anak ramai saya takrifkan sebagai lebih daripada dua orang.

Jika anak dua orang, masih boleh muat kereta sedan kerana kapasiti maksimum kereta begini boleh tampung maksimum 4 orang (suami, isteri dan dua orang anak).

Bagaimana pula jika keluarga besar? Keluarga besar saya takrifkan mempunyai lebih daripada 3 orang anak. Termasuk ibu dan bapa, jumlah ahli keluarga sudah menjadi 5 orang.

Di Malaysia sahaja, pada tahun 2019 kelahiran baru meningkat lebih seribu orang menjadikan bayi baru lahir kira-kira 116 ribu orang berbanding tahun 2018.

penduduk malaysia 2019

Kredit gambar: sinarharian.com.my

Alhamdulillah, anda sekarang sudah ada keluarga ramai dan moga sentiasa dilimpahkan kebahagian.

Dahulu masih muat dengan kereta kecil ketika anak masih kecil.

Sekarang anak sudah besar, barang makin banyak, jadi kereta juga perlu lebih besar untuk tampung keperluan ini.

Anda perlukan kereta keluarga (family car) jenis Multipurpose Vehicle (MPV) yang lebih luas, selesa dan boleh bawa banyak barang.

Apa kereta terbaik untuk keluarga besar? Jom baca perkongsian saya 7 kereta terbaik untuk keluarga kesayangan anda:

1. Proton Exora

Dengan kapasiti 7 tempat duduk, Proton Exora adalah kereta MPV besar dan mempunyai rekabentuk serta ciri-ciri yang menarik.

Untuk rekod, sehingga Februari 2020 peningkatan jualan Proton adalah 80% berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

harga proton exora
proton exora 2020
proton exora penumpang

Model ini sangat luas dan sesuai untuk keluarga besar yang mempunyai anak melebihi 2 orang.

Keselesaan pemanduan juga dapat dinikmati terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Balik kampung tak ada masalah.

Untuk promosi terkini, Proton memberikan jaminan (warranty) 5 tahun atau 150,000km.

Dalam promosi juga dilengkapi dengan Internet Data 1G sebulan dan 3 kali upah servis percuma.

Spesifikasi teknikal menggunakan enjin kapasiti 1,561 cc, 4 Cylinders In-Line, 16 Valve DOHC, VVT Turbo dengan transmisi CVT dan Hydraulic Power Steering.

Dari segi kemudahan dalaman disertakan skrin LCD, penghawa dingin di depan dan belakang, 12V power socket, semi leather seat (Premium specs), sunvisor, armrest dan sebagainya.

Ada 5 pilihan warna iaitu:

  • Rosewood Maroon
  • Ruby Red
  • Snow White
  • Indiana Grey
  • Cocoa Grey
harga proton exora

Harga Proton Exora adalah mengikut kategori dan tempat:

Maklumat lanjut, boleh layari Proton.com.

2. Perodua Aruz

Seterusnya, kereta terbaik untuk keluarga anda adalah Perodua Aruz.

Setakat Mei 2020, Perodua telah menjual 52,920 unit kenderaan. Daripada jumlah ini, Aruz menyumbang sebanyak 950 unit.

tempat duduk perodua aruz
harga perodua aruz

Perodua Aruz mempunyai kapasiti 5 tempat duduk.

Perodua Aruz dilengkapi dengan Smart Entry Key, Reverse Camera, Push Start Button, Integrated Driving dan Driving Video Recorder (DVR) dan tempat duduk kulit (varian AV).

DVR ini bagus untuk merekod perjalanan dan sebarang aktiviti yang berlaku sepanjang pemanduan.

Dari segi keselamatan, model ini mendapat lima bintang oleh ASEAN NCAP Safety Rating.

Juga mempunyai Advanced Safety Assist (ASA) yang membantu mengurangkan kemalangan pada kelajuan perlahan dan sederhana.

Tonton video di bawah bagaimana ASA ini berfungsi. Sangat bermanfaat.

Ia juga ditambah baik dengan 6 Airbag dan Vehicle Stability Control (VSC).

Model ini dilengkapi dengan enjin 1,496cc 2NR, 4 cylinders, DOHC.

Ada 5 pilihan warna iaitu:

  • Amazon Green
  • Granite Grey
  • Electric Blue
  • Glittering Silver
  • Ivory White

Ada dua varian iaitu AV dan X. Harga Perodua Aruz mengikut lokasi seperti di bawah:

harga perodua aruz

Maklumat lanjut anda boleh layari perodua.com.my

3. Perodua Alza

Satu lagi keluaran Perodua yang popular untuk keluarga. Perodua Alza boleh muat sehingga 7 tempat duduk.

beli perodua alza
jenis perodua alza
perodua alza penumpang

Model ini dilengkapi dengan enjin 3SZ-VE, DOHC, 16V (4 valve per cylinder) dengan DVVT 1,495cc.

Dari segi keselamatan, Perodua Alza mendapat penarafan 4 bintang dari ASEAN NCAP Safety Rating dan memiliki Dual SRS Airbag, reverse sensor dan front corner sensors.

Perodua Alza memiliki tempat duduk boleh laras yang flesibel. Jadi, anda dapat menyusun ruang menjadi lebih luas bergantung kepada penggunaan.

Satu perkara yang menarik mengenai Perodua adalah jimat minyak. Jadi anda dapat berjimat-cermat dari segi perbelanjaan harian.

Ini berdasarkan maklumbalas pengguna dan rakan-rakan yang memandu jenama ini.

harga perodua alza

Harga Perodua Alza mengikut lokasi seperti di bawah:

Maklumat lanjut anda boleh layari perodua.com.my

4. Honda BR-V

Kereta terbaik untuk keluarga seterusnya adalah Honda BRV. Boleh memuatkan sehingga 7 orang dewasa, jadi sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak yang ramai.

beli honda brv
jenis honda brv

Berita baik kepada pembeli Honda BR-V, anda akan mendapat 5 tahun jaminan pada jarak tanpa had (unlimited mileage).

Ditambah dengan tawaran percuma untuk 5 kali servis penyelenggaraan (dalam 100,000km) atau 5 tahun.

Honda BR-V dikuasakan oleh enjin SOHC i‑VTEC (4 Cylinder, 16 Valve) dengan 1,497cc.

Dari segi transmission menggunakan CVT with Earth Dreams Technology untuk pertukaran gear yang lebih lancar.

Honda BR-V juga jenis Energy Efficient Vehicle atau jimat minyak jika memandu dalam keadaan terbaik.

Antara ciri-ciri keselamatan adalah:

  • Mendapat penganugerahan 5 bintang oleh ASEAN NCAP.
  • Vehicle Stability Assist (VSA) mengawal kestabilan semasa mengambil selekoh dan mengurangkan risiko kegagalan kawalan stering untuk mempastikan berada pada trek yang normal.
  • Anti-Lock Bracking System (ABS) mengawal brek tanpa mengunci tayar semasa membuat brek kecemasan.
  • Hill Start Assist (HSA) mengawal kereta daripada mengundur semasa berada di bukit.
  • SRS Airbag untuk melindungi pemandu dan penumpang semasa kemalangan.
  • ISOFIX pada tempat duduk untuk keselamatan anak kecil anda.
  • Reverse Camera untuk membantu semasa parking dan mengundur kenderaan.

Ada 4 jenis pilihan warna iaitu:

  • Passion Red Pearl
  • Lunar Silver Metallic
  • Modern Steel Metallic
  • White Orchid Pearl

Dua kategori ditawarkan iaitu BR-V 1.5L E dan BR-V 1.5L V pada harga berikut:

harga honda brv

Maklumat lanjut boleh layari honda.com.my.

5. Nissan All-New Serena

Dikuasakan oleh engine 2.0L S-Hybrid MR20DD dengan Twin CVTC, Nissan Serena boleh menjadi pilihan kereta anda seterusnya.

Kereta ini boleh memuatkan 7 orang dalam satu-satu masa.

harga serena baru
harga nissan serena

Menariknya model ini kerana mempunyai:

  • Engine Hybrid yang sudah semestinya jimat dengan pengunaan kuasa bateri dan minyak.
  • Hands-Free Dual Power Sliding door yang boleh buka pintu hanya menggunakan kaki. Sesuai untuk anda yang bawa barang banyak dan tak boleh guna tangan pada waktu tersebut.
  • Ada 7 USB-powered port untuk pengecasan telefon.
  • Saiz yang sangat luas untuk barang barang keperluan dalam kuantiti yang banyak.
  • Pintu belakang jenis dual back door, jadi anda boleh buka atas atau bawah.

Ciri-ciri keselamatan pada Nissan All-New Serena adalah:

  • Dilengkapi dengan 6 SRS airbags untuk pemandu dan penumpang.
  • Teknologi Nissan Intelligent Mobility atau Intelligent Around View Monitor (I-AVM) menggunakan 4 kamera membantu anda melihat pandangan dari atas (bird-eye view) untuk kemudahan perjalanan.
  • Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) pula membantu anda mengesan sebarang objek yang berada di sekitar kereta.
  • Traction Control System (TCS).
  • Hill Start Assist (HSA).
  • Electronic Brake-Force Distribution (EBD) dengan Brake Assist (BA).
  • Vehicle Dynamic Control (VCD).
  • Anti-Lock Bracking System (ABS).
  • ISOFIX Child Seat Restraint System.

Terdapat 4 pilihan warna iaitu:

  • Cashmere Gold
  • Diamond Black
  • Brilliant White
  • Tungsten Silver

Harga Nissan Serena Baru seperti berikut:

harga serena baru

Maklumat lanjut layari nissan.com.my.

6. Toyota Avanza

Kereta untuk keluarga besar seterusnya adalah Toyota Avanza. Ia berkapasiti 7 penumpang.

harga toyota avanza
toyota avanza baru

Dilengkapi dengan enjin 4-cylinder In-line, 16-Valve DOHC with Dual VVT-i dengan 1,496cc. Transmisi adalah 4 kelajuan automatik.

Dari segi keselamatan pula, kereta ini memiliki:

  • Front Digital Video Recorder adalah kamera untuk merakam pergerakan kenderaaan di hadapan. Sesuai untuk merekod bukti kemalangan.
  • Blind Spot Monitor mengesan kenderaan pada titik buta (blind spot). Area ini adalah kawasan kita tidak nampak kenderaan di sisi dan mempunyai risiko tinggi jika tidak memerhati kenderaan lain dengan betul.
  • Anti-lock Bracking System (ABS)
  • Electric Brake-force Distribution untuk mengawal tekanan brek pada tayar hadapan dan belakang.

Didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu:

  • Super White 2
  • Silver Mica Metallic
  • Dark Red Mica Metallic
  • Black Metallic

Harga Toyota Avanza adalah mengikut lokasi seperti berikut:

harga kereta toyota avanza

Maklumat lanjut layari toyota.com.my.

7. Toyota Innova

Satu lagi keluaran Toyota yang sesuai untuk keluarga anda adalah Innova.

beli toyota innova
review toyota innova

Berkapasiti 7 penumpang, Innova mempunyai enjin 2.0L 4-cylinder In-line, 16-valve, DOHC with Dual VVT-i dengan 1,998cc. Dari segi transmisi adalah jenis automatik dengan 6 kelajuan.

Ciri-ciri menarik pada Toyota Innova adalah:

  • Penganugerahan 5 bintang ASEAN NCAP Rating.
  • 7 SRS Airbag.
  • Anti-lock Bracking System (ABS).
  • Electric Brake-force Distribution untuk mengawal tekanan brek pada tayar hadapan dan belakang.
  • Emergency Stop Signal yang menyiarkan lampu kecemasan secara automatik jika menekan brek kecemasan.
  • Impact Absorbing Body and Frame Structure yang menyerap hentakan ketika berlaku kemalangan. Rangka kereta yang kukuh dapat membantu mengurangkan risiko kepada pemandu dan penumpang.

Bentuk yang hampir serupa dengan Avanza tetapi mempunyai ciri-ciri yang lebih banyak.

Ada tujuh pilihan warna seperti:

  • Phantom Brown
  • Crimson Spark Red Metallic
  • Avant-Garde Bronze Metallic
  • Super White II
  • Attitude Black
  • Silver Metallic
  • Medium Silver Metallic

Harga Toyota Avanza seperti berikut:

harga toyota innova

Maklumat lanjut layari toyota.com.my.

Beli Kereta Baru atau Terpakai?

Kereta baru memang bagus kerana belum pernah digunakan dan terdapat jaminan yang lama daripada pengeluar. Sehingga sekarang, tempoh jaminan paling lama adalah 5 tahun.

Namun, kereta terpakai juga baik dari segi penjimatan wang. Harga kereta terpakai (secondhand) lebih murah mengikut tahun keluaran.

Kedua-dua jenis kategori ini memerlukan anda membuat perancangan rapi kerana melibatkan wang berpuluh ribu. Begitu juga, untuk mengurangkan risiko kerosakan kelak.

Selepas membeli, kereta perlu dijaga dengan baik untuk mengelakkan kerosakan. Sesetengah perkara anda boleh buat sendiri.

Jika anda perlukan tips penjagaan kereta, ebook di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk anda sekeluarga.

Kesimpulan

Pada hemat saya, kereta ada keperluan pada masa sekarang. Dengan bertambahnya rezeki anak, kita perlu menyediakan keselesaan kenderaan kepada mereka.

Daripada senarai di atas, anda boleh buat keputusan pilihan kereta terbaik untuk keluarga sendiri.

Anda tentukan sendiri dari segi saiz dan bajet.

Apa-pun, ukur baju di badan sendiri. Jangan sampai lari bajet di pertengahan bulan.

Jom kongsi dengan yang lain, kereta apa anda miliki untuk keluarga besar anda?

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

One Comment

  1. StevenReoro StevenReoro 06/02/2024

    Thanks a lot for creating the useful and engaging site. I really look ahead to providing data as soon as a instance presents by itself! Cheers repeatedly for offering the website out there for globe!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *