Kanak-kanak Speech Delay: Adakah Satu Penyakit Berbahaya?
1. Apa itu Kanak-Kanak Speech Delay?
Speech delay atau lambat bercakap adalah masalah kanak-kanak tidak dapat menggunakan perkataan atau apa sahaja komunikasi dengan orang lain pada usia yang sepatutnya.
Biasanya bermula pada 12 hingga 18 bulan.
Contohnya, pada usia 2 tahun, kanak-kanak kebiasaannya sudah boleh bercakap satu dua perkataan namun gagal berbuat demikian.
Bagi kanak-kanak yang normal, tempoh usia tertentu sudah mampu bercakap dan berkomunikasi.
2. Pengalaman Anak Speech Delay
Secara amnya, penyakit ini tidak berbahaya namun kesannya kepada masalah ini lebih membimbangkan.
Kesan utama adalah anak-anak kurang komunikasi dan perkembangan minda, fizikal dan tubuh badan kanak-kanak akan terganggu.
Mereka mungkin akan ketinggalan dalam banyak perkara dalam proses tumbesaran.
Jom ikuti pengalaman ibu bapa yang berhadapan dengan masalah ini.
Anak pendiam dan tidak bergaul – Muaz seorang bapa berumur 40 tahun.
“Anak saya lahir pada tahun 2019, semasa usianya setahun, negara dilanda Covid-19.”
“Dari situ, anak saya memang tidak berjumpa dengan kanak-kanak lain, sebaliknya hanya bermain bersama abangnya di rumah.”
“Disebabkan bimbang anak akan bosan, kami sepakat membelikan mereka tablet.”
“Dari situ, anak mula belajar menonton video di YouTube.”
“Pada awalnya, kami rasa anak kami senang dijaga.”
“Sebab dia tidak buat bising, hanya melihat video sahaja, tetapi isteri rasa tidak selesa apabila ada yang menegur sikap anak yang langsung tidak mahu berkomunikasi.“
“Sehinggalah seorang rakan mencadangkan kami untuk membuat carian ‘Google’ mengenai gejala speech delay dan dari situ kami nampak anak memenuhi kriteria gejala itu.”
“Agak terkejut bila doktor sendiri sahkan anak memang ada masalah itu.”
Masalah Bercakap Anak 18 Bulan – Ariesha seorang ibu berusia 29 tahun.
“Saya mula kesan anak mungkin ada masalah lambat bercakap apabila merujuk buku perkembangan kanak-kanak yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).“
“Berdasarkan carta perkembangan kanak-kanak yang disarankan, sewaktu di usia itu anak saya sepatutnya sudah boleh menyebut tiga hingga lima perkataan yang mempunyai makna. Tetapi, anak saya tidak mencapai tahap itu.”
“Doktor ada maklumkan, gejala lambat bertutur ini boleh terjadi kerana banyak faktor.“
“Antaranya ialah pemberian gajet seawal usia bawah 2 tahun, kurang berkomunikasi, masalah kesihatan yang dihadapi oleh anak-anak dan juga keturunan.”
3. Beza Speech Delay dan Autisme
Kanak-kanak autisme juga ada kalanya mempunyai masalah speech delay (lambat bercakap).
Namun hal ini hanya terjadi kepada sebahagian kanak-kanak sahaja.
Lambat bercakap bukan bererti autisme kerana kanak-kanak austime mempunyai ciri-ciri lain yang perlu diketahui sebelum dapat dipastikan kesahihan tersebut.
Ujian M-CHAT (Modified Checklist for Autism in Toddler) adalah salah satu kaedah digunakan di hospital untuk kanak-kanak berusia 17 bulan hingga 30 bulan.
Tujuan utama M-CHAT untuk mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit autisme.
Ujian ini dilakukan dua kali iaitu pada usia 18 bulan dan 36 bulan.
Senarai semakan (checklist) digunakan dalam ujian M-CHAT seperti tingkah laku, sosial, pertuturan, komunikasi, pertuturan dan sebagainya.
4. Tanda-Tanda Speech Delay Mengikut Tahun
Secara asasnya, kanak-kanak berusia 2 hingga 2.5 tahun boleh menyebut sekitar 50-80 perkataan dan mampu menggunakan 2-3 patah perkataan.
Ada sebahagian pakar mengatakan kanak-kanak yang meningkat usia kepada 3 tahun akan mempunyai hamper 1000 perkataan.
Sekiranya anak anda tidak mencapai perkembangan seperti ini, kemungkinan anak itu sedang mengalami kelewatan pertuturan (speech delay) atas beberapa factor.
Untuk kanak-kanak speech delay, berikut adalah tingkah laku komunikasi mengikut perkembangan tahun yang boleh dikesan atau berisiko menghadapi speech delay:
Usia | Jenis Komunikasi |
---|---|
12 bulan | – Tidak mengeluarkan satu bunyi perkataan. – Tidak menunjuk kepada sesuatu benda dengan jari. – Tiada ‘babbling’. |
15 hingga 18 bulan | – Tidak memanggil gelaran ibu atau bapa – Tidak membalas / tiada reaksi jika diberitahu sesuatu perkara – Tidak berupaya mengenal pasti bahagian badan – Tidak mempunyai 3 kosa kata – Tidak mula bercakap. |
2 hingga 4 tahun | – Tidak boleh menyusun ayat untuk bercakap – Tidak boleh ikut arahan – Tidak boleh sambung ayat mudah – Menggunakan kurang dari 1000 patah perkataan – Kurang kemahiran bercerita dan menyanyi |
Umum | Kurang bergaul, pendiam, kurang berkomunikasi dengan orang sekeliling |
Namun tindakan lebih drastik perlu di ambil sekiranya ibu bapa lihat perkara ini terjadi kepada anak dan memerlukan pemeriksaan doctor dilakukan :
- Tiada isyarat seperti melambai tangan atau ‘hand gesture’ yang mudah pada usia 12 bulan
- Tidak dapat mengikuti arahan yang mudah pada usia 2 tahun
- Terdapat nada suara yang luar biasa seperti kasar atau sengau pada usia 2 tahun
- Anak tidak dapat menerima arahan ringkas dari ibu bapa
- Anak lebih gemar menggunakan bahasa isyarat dari pada komunikasi pada usia 18 bulan
- Anak sukar meniru bunyi seperti kucing pada usia 18 bulan
5. Punca atau Faktor Speech Delay
Antaranya seperti penggunaan telefon pintar atau gadget yang tidak terkawal.
Ini juga disebabkan oleh masalah pendengaran melibatkan telinga, masalah saraf dan otak.
Selain itu masalah perkembangan, masalah lidah pendek, masalah tekak, masalah hidung dan menghidap autisme adalah punca speech delay.
Kanak-kanak itu sendiri dilahirkan pramatang atau mengalami kecederaan otak (tidak cukup oksigen). Kelahiran kuning yang sangat tinggi sehingga mendapat komplikasi pendengan juga menjadi salah satu punca ketika lahir.
Genetik juga memainkan peranan dalam kes ini dimana salah satunya adalah masalah berkaitan psikologi seperti autismen dan ADHD (attention deficit hyperactive disorder). Kumpulan kategori ini juga mempunyai masalah pertuturan yang lewat.
Keadaan fizikal anak juga main peranan dalam aktiviti pertuturan kanak – kanak seperti berlakunya gangguan mulut dimana masalah dengan lidah atau lelangit atau disebut sebagai ‘ankyloglossia’ (tongue tie). Ini berlaku bilamana lidah bersambung ke lantai mulut.
Manakala ‘Frenulum’ pendek (lipatan bawah lidah) juga merupakan punca berlaku kelewatan bercakap dengan mengehadkan pergerakan lidah kanak-kanak.
Pemberiaan gadget pada usia kecil atau bayi sangat berbahaya.
Ibu bapa mungkin sangka anak diam selepas diberi gadget ketika makan atau tidak mengganggu kerja mereka.
Akan tetapi kesan pada komunikasi, hubungan dan pertuturan boleh menjadi lebih buruk dan mendorong kepada masalah speech delay.
Mengikut kajian oleh salah satu penyedia antivirus dunia, Kaspersky, 82 peratus orang dewasa dan 70 peratus kanak-kanak akan cenderung meniru perbuatan ibu bapa mereka dalam tabiat tempoh waktu dengan gajet tersebut.
Anak lihat ibu bapa main telefon, mereka pun tiru dalam tempoh masa yang sama.
Lagi lama ibu bapa main telefon, lagi lama kanak-kanak nak habiskan masa tersebut.
Kalau ibu bapa main telefon sehingga 5 jam, bayangkan tempoh sama kanak-kanak akan hadap skrin telefon tanpa sebarang perbualan antara mereka!
6. Rawatan Anak Speech Delay
Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda awal seperti disebutkan, segera ke klinik dan hospital berdekatan untuk pemeriksaan.
Untuk kanak-kanak yang mengalami kelewatan pertuturan (speech delay) ini, pertama sekali selalunya pihak terapis akan melakukan pemeriksaan pendengaran sama ada kanak-kanak tersebut dapat mendengar secara baik atau tidak.
Kemudian pemeriksaan secara fizikal rongga mulut seperti yang telah ditulis sebelum ini bagi memastikan keadaan mulut kanak-kanak tersebut dalam keadaan yang baik dan tidak mengganggu proses pertuturan kanak-kanak.
Terapis perlu memastikan kanak-kanak tersebut tiada masalah lain seperti austisme dan sebagainya. Kerana sudah maklum kumpulan ini agak sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Hal ini kerana jika kanak-kanak seperti ini perlu menajalani terapi khas kerana kebiasaannya mereka tidak boleh focus dengan baik.
Rawatan SLP dari ahli patalogi Bahasa pertuturan (SLP). Rawatan ini akan memeriksa kemahiran pertuturan dan Bahasa kanak-kanak melalui ujian ‘standard’ mereka. Terapis juga akan memeriksa :
- Apa yang difahami anak apabila diberi arahan
- Bilangan perkataan yang mampu di ucap oleh kanak-kanak
- Oral-Motorik anak dimana mulut, lidah dan struktur bahagian mulut kanak-kanak adakah dapat beri sokongan untuk bersuara, makan, dan minum dengan baik
Ibu bapa juga boleh pergi menghadiri terapi pertuturan untuk kanak-kanak diluar sana. Pada masa kini telah banyak program-program berbayar atau percuma yang dijalan kan bagi mengenal pasti serta terapi untuk kanak-kanak yang mengalamai kelewatan bercakap (speech delay).
Anak-anak lambat bercakap perlu diambil perhatian serius kerana dianggap tidak normal mengikut usianya.
Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan terapi percakapan dan komunikasi di klinik dan hospital kerajaan mahupun swasta.
Namun hakikatnya, peringkat awal rawatan dalam hal ini adalah dari pihak ibu bapa sendiri. Cuba ibu bapa ambil pendekatan beri fokus pada komunikasi seperti bercerita, bercakap dan menyanyi dengan anak serta menggalakkan mereka meniru bunyi dan isyarat yang mudah dahulu.
Tips : Mula membacakan buku cerita pada anak seawal masih bayi lagi
Luangkan lebih masa bersama anak-anak adalah kunci awal dalam kes ini, beri interaksi dua hala untuk kanak-kanak seawal usia yang mungkin. Gunakan situasi semasa dan bercakap berkaitan situasi yang anda sedang lakukan.
Jadikan kanak-kanak ini kawan baik kepada ibu bapanya. Maka lebih mudah interaksi ini berlaku.
7. Klinik Pakar Kanak-kanak Untuk Terapi Speech Delay
Ada banyak tempat untuk membuat terapi pada kanak-kanak.
Anda boleh berhubung dengan klinik pakar kanak-kanak atau ke pusat terapi antaranya:
WinKidz Children’s Therapy Centre (Alor Setar)
2174-D Jalan Mahkota, Jalan Tunku Abdullah, Taman Tunku Habsah,
05100 Alor Setar, Kedah.
Telefon: 018-2756944
Kulim Speech Therapy Centre
65, 1, Jalan Kota Kenari 1, Kota Kenari,
09000 Kulim, Kedah.
Telefon: 011-11234197
Speechgrow
3-1-2 Desa Mutiara, Lorong Delima 20,
11700 Gelugor, Penang.
Telefon: 011- 63188501
Pantai Integrated Rehab,
Pantai Hospital Penang, 82 , Level 2 Jalan Tengah,
Bayan Baru, 11900 Penang.
Telefon: 04-6444519 | 04-2229104 | 04-2261803
Joyous Kiddy Therapy Centre (Ipoh)
80A, Lebuh Medan Ipoh, Bandar Baru Medan
Ipoh, 31400 Ipoh, Perak.
Telefon: 016-5651366
Hospital Slim River
Aras 2, Klinik pakar perubatan,
35800 Slim River, Perak.
Telefon: 05-450 8000 | 2078
WonderSpeech Therapy Centre
38B, Jalan TK 1/11A, Taman Kinrara,
Batu 7 ½ Off Jalan Puchong,
47180 Puchong, Selangor.
Telefon: 017-3889386
KPJ Damansara Specialist Hospital
119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: 03-7718 1000
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2615 5555
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia(HPUPM) Persiaran Mardi – UPM
43400 Serdang, Selangor
Telefon: 03-56501114
KPJ Tawakkal HealthCentre & Tawakkal Specialist Hospital
202A, Jalan Pahang, Pekeliling,
53000 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-40233599
Jabatan Otorinolaringologi,
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban,
Jalan Rasah, 70300 Seremban Negeri Sembilan
Telefon: 06-768 4000
Dee Speech Therapy
13-1, Jalan KS 1, Kepayang Sentral,
70200, Seremban, Negeri Sembilan.
Telefon: 017-8816659
Bconnect Speech Therapy Centre
No. 16, Jalan KSB 14, Taman Kota Syahbandar,
75200 Melaka.
Telefon: 017-5600551
Hospital Sultan Ismail
Jalan Mutiara Emas Utama, Taman Mount Austin,
81100 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 07-3565000
Joyful Speech Therapy Centre Muar
No.24, Jalan Sialin,
Pusat Komersial Sialin,
84000 Muar, Johor.
Telefon: 018-9889150
Jabatan ORL, Hospital Raja Perempuan Zainab II,
15886 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon: 017-6288320
Speecheese Talent & Speech Centre
No. A31-1, Jalan Im 7/19,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang.
Telefon: 017-3955891
Pusat Rehabilitasi DOMINAN
Lot PT 37829 Blok G, Jln. Gong Pak Damat, Tmn. Desa Jaya,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu.
Telefon: 010 403 7712
Klinik Pertuturan-Bahasa & Penelanan Jabatan ORL
Hospital Queen Elizabeth, 88586 Kota Kinabalu, Sabah, East Malaysia.
Telefon: 088-517 555
The Speech Clinic
Suite 7.12, Level 7, Block B
KPJ Specialist Hospital Sabah
Jalan Bersatu, Damai
88300 Kota Kinabalu, Sabah.
Telefon: 088-366257 | 088-322172 ext: 2172 (clinic)
ESpeechCare
First floor, Sublot 15, Trinity Hub, Lot 12241, Block 16 KCLD, Jln Datuk Tawi Sli,
93250 Kuching, Sarawak.
Telefon: 016-8165274
Columbia Asia Hospital (Bintulu)
Lot 3582, Block 26, Jalan Tan Sri Ikhwan, Kemena Land District,
Tanjung Kidurong, 97000 Bintulu, Sarawak
Telefon: 0162979705
Senarai penuh ahli Persatuan Pertuturan-Bahasa & Pendengaran Malaysia / Malaysian Association of Speech-Language & Hearing (MASH) anda boleh download di sini.
8. Bagaimana Mencegah dan Merawat Speech Delay
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah namun kita sebagia ibu bapa perlu sentiasa cakna dengan perubahan pada anak-anak.
Komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak sangat penting.
Sentiasa bercakap, bersembang dan buat bahasa badan untuk meransang minda dan badan anak.
Jangan asyik main smart phone sahaja sampai lupa anak kecil perlukan perhatian.
Jangan pula biarkan anak-anak kecil terlalu asyik dengan gajet.
Jika anda dapati anak-anak anda mempunyai tanda-tanda speech delay, bertindak segera dengan membawa ke klinik, hospital atau pusat terapi pertuturan yang berdekatan.
Dengan mendapat rawatan yang cepat dan betul, insyALLAH masalah ini dapat diatasi.
Sumber: Kosmo, Persatuan Pertuturan-Bahasa & Pendengaran Malaysia
Gambar: parenting.firstcry.com