Press "Enter" to skip to content

Cuti Tetapi Gaji Tetap Jalan dengan Program Pengekalan Pekerjaan PERKESO

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Sekarang, boleh dikatakan semua orang menghadapi waktu sukar dengan wabak COVID-19. Paling terasa adalah mereka yang bekerja sendiri dan makan gaji. Tidak dapat keluar kerja. Kesannya, tiada pendapatan untuk menyara keluarga.

Berita baiknya, selain Bantuan Prihatin Nasional (BPN), pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau SOCSO telah menyediakan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) ERP.

Apakah Tujuan ERP?

Program ini bertujuan memberi bantuan segera sebanyak RM600 kepada pekerja yang terjejas dengan cuti tanpa gaji. Syukur, ada lagi pihak sebegini tampil memberikan bantuan kepada para pekerja di Malaysia.

Bantuan antara satu (1) sehingga enam (6) bulan mengikut tempoh notis cuti tanpa gaji.

kenyataan-media-Program-Pengekalan-Pekerjaan-perkeso

Syarat Kelayakan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

  1. Semua pekerja swasta dan sambilan yang mencarum dengan Sistem Insuran Pekerjaan PERKESO
  2. Untuk pekerja yang bergaji RM4000 ke bawah sahaja
  3. Majikan telah melaksanakan cuti tanpa gaji (minimum 30 hari)

Bagaimana untuk momohon ERP?

  1. Borang Program Pengekalan Pekerjaan boleh dimuat turun (download) di sini.
  2. Majikan yang perlu memohon bagi pihak pekerja
  3. Borang permohonan lengkap perlu dihantar melalui email ke erpc19@perkeso.gov.my

Maklumat lanjut boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan, 1-300-22-8000 atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *