Press "Enter" to skip to content

COVID-19: Tiada Caj RM1 di ATM MEPS

Last updated on 11/04/2020

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Bermula 6 April 2020, semua pengeluaran wang melalui rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) tidak dikenakan caj RM1. Caj ini dikecualikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Kerajaan memaklumkan semua institusi perbankan dan PayNet mengecualikan caj ini.

Berita ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertujuan mengelakkan orang ramai berpusu-pusu ke mesin pengeluaran wang (ATM) dalam PKP ini.

Jadi, para pengguna boleh menggunakan apa sahaja ATM walau dari bank berlainan untuk mengeluarkan wang.

Untuk lebih mudah, kita boleh gunakan sahaja pembayaran secara dalam talian (online). Jika di pasaraya boleh gunakan kad debit / kad kredit untuk urusan tanpa tunai. Lebih mudah dan selamat kerana tidak perlu membawa wang yang banyak.

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.