Press "Enter" to skip to content

5 Cara Suri Rumah Buat Duit Dengan Mudah Tahun 2021

Suri rumah stress tak ada duit? Dalam artikel ini kami akan bantu tunjukkan bagaimana suri rumah buat duit pada tahun 2021.

Sedia maklum, tahun 2020 sememangnya merupakan tahun yang amat mencabar buat seluruh dunia dengan kehadiran virus Covid 19 yang telah mengancam populasi manusia.

Virus Covid 19 juga telah memberikan impak secara terus kepada banyak industri dan ekonomi yang turut sama terjejas.

Apakah kesannya kepada rakyat Malaysia?

Ramai orang mula kehilangan punca pendapatan dan dibuang kerja kerana syarikat tidak lagi mampu menanggung kerugian. Impaknya semakin terasa apabila ramai ketua keluarga turut terkesan dari segi kewangan untuk menanggung keluarga.

Sebagai seorang isteri, pasti anda tidak sanggup melihat bebanan yang ditanggung oleh suami anda. Walaupun tahun 2020 anda dirundung malap, tetapi tidak bagi tahun 2021.

Tahun ini menyaksikan bagaimana norma baru telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Kehadiran Internet telah memberi sinar baru kepada dunia penjualan atas talian dalam membantu peniaga memasarkan produk mereka.

Dimana ada kemahuan, disitulah ada jalan!

Buat suri rumah yang ingin membantu meringankan beban keluarga anda, kami ingin berkongsi 5 cara bagaimana anda boleh menambah pendapatan dan membuat bisnes dari rumah anda.

1. Buat Drop ship

Kalau anda hendak tahu, sekiranya anda membuat carian Google mengenai topik bagaimana suri rumah boleh buat duit dari rumah, drop ship adalah poin pertama yang akan ditulis dalam setiap artikel.

suri rumah dropship

Mengapa?

Ini kerana drop ship adalah merupakan bisnes yang sangat popular dalam kalangan suri rumah, dan ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Caranya sangat mudah. Anda tidak perlu menyimpan stok atau perlu menghantar barangan kepada pelanggan anda.

Apa yang perlu anda lakukan ialah anda hanya perlu mempromosikan produk tersebut sama ada di laman media sosial ataupun menerusi kenalan anda.

Ambil pesanan produk dan selebihnya, penjual yang akan uruskan. Anda akan dibayar komisen setimpal dengan hasil jualan anda.

Menarik bukan?

Bolehlah anda buat drop ship sambil-sambil uruskan anak.

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan drop ship. Daripada pakaian, barangan kosmetik sehinggakan kepada makanan, anda boleh memilih apa jua barangan untuk dijual.

Dimana nak cari agen drop ship? Anda boleh sertai group-group Drop ship di Facebook, mencari iklan di akaun Facebook syarikat pilihan anda, ataupun boleh pergi ke Shopee dengan membuat carian agen drop ship.

Yang penting, kena usaha lebih!

2. Jadi Personal Shopper

Personal shopper atau Pembeli Peribadi adalah suatu istilah yang amat sinonim dalam kalangan pembeli atas talian.

cara jadi personal shopper

Personal shopper ialah pembantu yang menawarkan khidmat pembelian barangan bagi pihak pelanggan, dan khidmat mereka boleh didapati menerusi Facebook atau Instagram.

Bagaimana caranya untuk anda menjadi Personal Shopper?

Anda boleh menawarkan khidmat sebagai Personal Shopper untuk pelanggan mengupah anda membeli barangan, dan anda boleh mengenakan cas bagi tujuan tersebut.

Kalau anda suka membeli belah, ini sememangnya kerjaya impian!

Untuk memudahkan urusan penghantaran barangan, personal shopper boleh memilih untuk Bayaran atas Tunai ataupun Cash of Delivery dengan berjumpa sendiri dengan pelanggan.

Bagi menjimatkan masa, anda boleh gunakan servis khidmat penghantaran kurier seperti Pos laju dan sebagainya, atau servis Ninja Packs yang anda boleh drop off bungkusan di Ninja Point tanpa perlu beratur lama dan panjang demi menjimatkan masa.

3. Buat Duit Dengan Hobi

Tahukah anda bahawa anda boleh buat duit dengan hobi? Kalau kena pada gayanya, anda boleh mendapat banyak keuntungan daripada hobi anda.

suri rumah buat duit

Ramai sebenarnya suri rumah buat duit dengan hobi. Mungkin ada dari kalangan rakan-rakan anda.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa hobi boleh dijadikan mata pencarian yang sangat berjaya untuk seseorang.

Lebih-lebih lagi, kalau anda sendiri memang hebat dan mengetahui apa yang anda lakukan.

Sebagai contoh, kalau anda pandai bersolek, mengapa tidak anda mempelajari gaya solekan yang berlainan dan mempraktiskannya untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan anda?

Hobi bersolek dan sebagainya mempunyai permintaan yang tinggi daripada pelanggan kerana ianya adalah hobi yang memerlukan kemahiran.

Begitu juga jika anda mahir membuat dekorasi rumah dan DIY, anda juga boleh buat duit dengan menjual hasil tangan anda.

Sekiranya anda rasa dengan hobi yang anda ada ini, boleh memberikan keuntungan kepada anda, teruskan usaha. Tak cuba tak tahu!

Apa kata anda iklankan di Facebook ataupun Instagram anda mengenai perkhidmatan yang anda tawarkan.

4. Tawar Perkhidmatan

Sekiranya anda mempunyai masa senggang, anda boleh menawarkan perkhidmatan anda. Perkhidmatan boleh dilakukan secara atas talian dan juga diluar talian.

suri rumah bisnes servis

Bagi di luar talian, sekiranya anda mempunyai kemahiran menjahit atau memasak, anda boleh memperoleh pendapatan dengan menawarkan khidmat jahitan kepada pelanggan atau memasak. Ini kerana kedua-dua jenis perkhidmatan ini sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi.

Untuk perkhidmatan atas talian pula, anda boleh tawarkan perkhidmatan menaip, servis buat video atau anda boleh membuat menjadi mystery shopper!

Haa, adakah anda gemar membaca dan mempunyai hobi menulis? Inilah masanya untuk mempamerkan kehebatan anda dengan membuat duit menerusi penulisan seperti dengan menawarkan khidmat menjadi penulis jemputan di blog atau menulis e-book.

Malah, kalau anda boleh mengajar, anda juga boleh membuat kerja sambilan dengan mengajar tuisyen secara atas talian.

5. Jual Kek dan Biskut

Suri rumah buat duit dengan jual kek dari rumah? Laku ke?

Sudah semestinya! Lebih-lebih lagi, pada waktu ini terdapat ramai orang yang masih berkerja dari rumah. Masa inilah anda boleh ambil peluang ini untuk berniaga.

Siapa sahaja yang tidak sukakan kek? Ini merupakan salah satu bisnes makanan yang boleh dilakukan terus daripada rumah.

Lagi-lagi kalau anda memang pandai buat kek ataupun biskut. Memang senang anda nak dapatkan pelanggan!

Anda boleh jual dengan kenalan anda, dan anda boleh juga gunakan jaringan media sosial untuk mempromosikan kek anda.

Baik biskut ataupun kek, sekiranya anda tidak boleh menghantarkannya sendiri ke rumah pelanggan anda. Anda boleh menggunakan perkhidmatan rider seperti Lalamove, Grab dan rider persendirian.

Kalau anda tak reti buat kek, anda boleh borong kek dan biskut daripada pengedar dan pasarkan! Senang dan mudah sahaja. Anda juga boleh juga meletakkan kek anda di kedai-kedai berhampiran.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat anda.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.