Press "Enter" to skip to content

Cara Buat Batu Seremban untuk Anak-Anak

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Waktu PKP memang banyak cabaran. Kita yang dewasa bosan, apatah lagi pada anak-anak di rumah. Post kal ini ringkas sahaja untuk hiburkan anak-anak. Kami akan kongsikan cara buat batu seremban.

Pertama kali kredit kepada Idayu Irdina atas perkongsian menarik cara buat batu seremban.

Langah-langkah menjahit batu seremban adalah seperti berikut:

  1. Ukur dan potong kain mengikut saiz 1.5inci x 3inci.

  2. Lipat dua dan jahit sekeliling kecuali di bahagian atasnya.

  3. Terbalikkan kain dan isikan dengan manik, beras, kacang, atau kacang hijau.

  4. Lipatkan ke dalam kain di bahagian atas. Kemudian jahit secara melintang seperti di dalam gambar. Apabila dah siap, batu seremban ini berbentuk segitiga.

Boleh juga tonton video di bawah:

Untuk lebih lanjut, boleh layari IdayuIrdina.com.

Kenapa main batu seremban?

  1. Ajar anak kenal permainan tradisional kita. Boleh kurangkan masa dari asyik bermain video game.
  2. Bersantai dengan perkara baru bersama anak-anak. Waktu bersama keluarga adalah waktu paling bernilai pada seorang anak.
  3. Pupuk minat dan kemahiran bermain permainan tradisional.

Kredit image: Shopee.

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.