Press "Enter" to skip to content

Beli Lampin, Redeem & Dapat Hadiah dengan Drypers Baby Club

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan tamat pada 14 April 2020. Harapnya tidak akan disambung lagi walaupun nampak agak tipis untuk dihentikan. Sama-sama kita berdoa agar cepat pulih seperti biasa.

Kebanyakkan dari kita yang berada di rumah akan keluar membeli-belah pada hujung minggu. Mungkin sebab hari biasa masih bekerja walaupun dari rumah. Jadi, kesempatan hujung minggu dimanfaatkan untuk menambah stok barang dapur.

Ada yang beli untuk kegunaan seminggu. Ada yang beli stok untuk beberapa hari sahaja. Tetapi bagi kami, lebih baik beli untuk stok seminggu. Tak perlu ambil risiko dengan kerap keluar rumah.

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, pastinya lampin pakai buang akan menjadi senarai utama untuk dibeli. Ini barangan wajib untuk si kecil di rumah. Jangan sampai terputus bekalan.

Tapi tahukah anda, lampin jenama Drypers menyediakan mata ganjaran (point) di setiap pek mereka? Dengan mata ganjaran ini anda dapat tebus (redeem) barangan Drypers.

Jadi, setiap kali berbelanja, anda sebenarnya mendapat barangan percuma pada masa akan datang. Ia satu penghargaan kepada anda sebagai pelanggan Drypers.

Produk lampin Drypers ini ada beberapa jenis seperti Drypers Touch, Drypers Wee Wee Dry, Drypers Classic, Drypers Drypantz dan Drypers Classicpantz. Ia merangkumi saiz bayi baru lahir (babyborn) sehingga XXL.jenis-lampin-drypers

Apa Kelebihan Menyertai Drypers Baby Club?

  1. Dapat hadiah permulaan. Tertakluk pada terma dan syarat.
  2. Tebus barangan Drypers dengan mata ganjaran
  3. Sample produk percuma
  4. Drypers forum
  5. Berita dan promosi terkini
    kelebihan-drypers-baby-club

     

    Bagaimana Cara Mendaftar Drypers Baby Club?

  1. Layari website www.drypers.com.my
    drypers-baby-club
  2. Klik pada menu Drypers Baby Club
  3. Klik Sign up now, IT’S FREE
  4. Baca maklumat umum dan baca kelebihan menyertai baby club
  5. Isikan maklumat peribadi
  6. Isikan maklumat untuk dihubungi
  7. Baca terma dan syarat
  8. Tick pada Saya bukan Robot dan pilih Register

Bagaimana Cara Menggunakan Drypers Baby Club untuk Mata Ganjaran dan Hadiah?

  1. Layari website www.drypers.com.my
  2. Klik pada Login dan masukkan email dan password (diset semasa pendaftaran tadi)
  3. Login ke portal Drypers
  4. Klik pada Drypers Baby Club
  5. Di tengah website terdapat satu menu, klik pada Register a new code to earn points
  6. Masukkan Unique Code untuk mendapatkan mata ganjaran (point).
  7. PENTING: Unique Code anda boleh dapatkan daripada pek lampin Drypers di bahagian dalam pek. Unique Code bernombor bercop bewarna hitam. Jadi, anda perlu keluarkan semua lampin, terbalikkan plastik dan cari di dalam plastik pen.
    drypers-code
    Jadual-Collect-Point-DrypersJadual-Collect-Point-Drypers
  8. Selain kumpul mata ganjaran dari pek Drypers, anda juga boleh dapatkan point dengan menyertai peraduan atau promosi Drypers. Juga jika anda cadangkan (refer) produk Drypers kepada orang lain. Boleh baca di sini untuk jemputan kepada rakan-rakan.
  9. Selesai masukkan Unique Code, akan kelihatan mata ganjaran yang anda peroleh.

Cara Tebus (Redeem) Barangan Drypers

  1. Layari website www.drypers.com.my
  2. Klik pada Login dan masukkan email dan password (diset semasa pendaftaran tadi)
  3. Lihat pada pertengahan website, klik pada Point Shop
    point-shop-drypers
  4. Lihat senarai barangan yang disediakan, pilih barangan yang diminati tetapi mestilah dalam jumlah tidak melebihi mata ganjaran yang dimiliki sekarang. Sudah pasti lebih besar mata ganjaran terkumpul, lebih bernilai barangan yang boleh ditebus
  5. Setelah buat pilihan klik Add to Cart
  6. Kemudian lihat pada icon Troli untuk melihat item yang dipilih
  7. Setelah selesai klik pada Order products dan lengkap tempahan ada

Rujukan tambahan, klik rujukan di bawah:

Semoga bermanfaat untuk para ibu.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *