Press "Enter" to skip to content

5 Website Terbaik untuk Belajar Memasak Online

Memasak setiap hari kadangkala buat kita hilang idea apa yang hendak dimasak seterusnya. Dengan adanya kaedah belajar memasak online, kita dapat hasilkan lebih banyak idea terbaik.

Mungkin anak-anak dan suami menanti hasil masakan kita.

Mahu diulang menu yang sama, nanti bosan pula. Bukan ahli keluarga sahaja, kita sendiri pun tak mungkin boleh terima menu yang sama setiap hari.

Mengikut data oleh Vase.ai, semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Julai 2020, kebanyakkan rakyat Malaysia lebih memilih makan di rumah.

statistik makan pkp

Jadi perlu ada kemahiran masakan dan kepelbagaian dalam menu.

Sesekali mencuba perkara baru atau menu baharu tentu menyeronokkan. Keluarga juga akan lebih teruja untuk mencuba.

Bagi menyediakan pelbagai menu menarik, kita mungkin perlu belajar semula.

Untuk masuk ke kelas masakan agak mustahil, tambah pula dalam keadaan serba terbatas sekarang ini.

Oleh itu, pilihan paling cepat dan berbaloi adalah belajar memasak online melalui laman sesawang (website) yang boleh diakses pada bila-bila masa dari kediaman sendiri.

Kali ini kami kongsikan kepada semua 5 website terbaik untuk belajar memasak online.

Semestinya laman-laman ini menyajikan panduan yang mudah diikuti serta amat menarik untuk diterokai.

1. BBC Good Food

Laman ini sesuai untuk anak-anak atau pasangan muda yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia masakan.

Di sini kita diajar memahami perkara asas sebelum memasak sehinggalah kepada menu-menu mudah yang boleh dipraktikkan.

Kita diajar tentang nama peralatan, teknik ukuran dan asas-asas lain seperti cara memotong bahan masakan teknik yang betul menggunakan pisau.

Ia mungkin kelihatan remeh bagi seseorang yang sudah handal memasak. Namun, skil asas ini amat berguna bagi yang baru belajar.

2. Epicurious

Laman ini memaparkan teknik masakan menu mudah dan menarik.

Buat yang selalu sibuk menguruskan keluarga serta pekerjaan harian, laman ini mungkin boleh dijadikan rujukan untuk mendapatkan idea masakan pantas bagi hidangan seisi keluarga.

Teknik masakan ditunjukkan dengan jelas, menjadikan ia amat mudah untuk diikuti.

Selain menu untuk hidangan harian, laman Epicurious ini turut memaparkan sajian sempena hari perayaan seperti Krismas dan Hari Kekasih.

3. Cookpad

Tentu ramai yang biasa dengan laman Cookpad ini.

Ia merupakan laman sesawang paling popular yang sentiasa dijadikan rujukan oleh peminat masakan seluruh dunia.

belajar memasak online

Kredit gambar: giphy.com

Laman ini begitu mudah untuk diakses. Ia mesra pengguna serta paparannya yang kemas membuatkan pengunjung berasa selesa menimba ilmu masakan di sini.

Selain itu, Cookpad sentiasa menganjurkan pertandingan perkongsian resepi dengan tawaran hadiah menarik untuk para pengunjungnya.

4. Cooklet.com

Laman ini agak berbeza dengan laman masakan yang lain dalam konsep belajar memasak online.

Ini kerana jika laman lain memaparkan kaedah memasak yang perlu kita ikut, di Cooklet.com kita boleh menentukan resepi yang dapat disediakan berdasarkan bahan mentah yang kita ada.

Kita juga boleh memilih tahap kesukaran penyediaan sesuatu menu serta tempoh yang diperlukan bagi menyediakan menu tersebut.

5. Myresepi.com

Laman masakan yang memaparkan pelbagai menu tradisi dan moden yang mudah untuk diikuti.

Ia sesuai untuk ibu-ibu dan semua yang suka memasak.

Selain paparan resepi dengan gambar yang menarik, laman myresepi.com juga menyediakan artikel tentang ilmu asas menguruskan dapur.

Juga terdapat perkongsian tentang kaedah menyimpan bahan masakan agar tahan lebih lama.

Masak itu Seni. Rasanya Sangat Subjektif.

Kini belajar memasak tidak lagi menjadi masalah. Sesiapa pun boleh mencubanya dengan adalah kaedah belajar memasak online.

Baik si anak muda yang baru mahu cuba memasak sendiri mahupun para ibu dan bapa yang mahu menambah skil memasak masing-masing.

Dengan kemudahan internet, semua pembelajaran boleh dilakukan dari rumah sendiri sahaja.

Asal ada kemahuan, pasti pelbagai menu lazat dapat disediakan.

Yang penting kemahuan untuk belajar dan mencuba.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua!

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.