Last updated on 06/10/2022
Sedia maklum, COVID-19 sangat berisiko tinggi kepada warga emas. Namun, virus ini tidak mengira umur. Anak-anak berumur bawah 5 tahun juga menghadapi risiko yang sama.
Seperti dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba, jangkitan kepada kanak-kanak berumur bawah 1 tahun dan bawah 5 tahun sangat membimbangkan.

Kes COVID-19 kanak-kanak ini sehingga kini telah menghampiri 20 ribu. Sebagai ibu bapa, apa yang boleh kita lakukan?
Jom baca perkongsian KKM seperti di bawah:
1. Jangan bawa anak kecil bawah 12 tahun keluar rumah. Tidak kira untuk beli barang keperluan atau apa tujuan sekalipun. Kecuali jika ada kecemasan atau kesihatan.
2. Pantau pergerakan anak-anak. Jangan biar keluar bergaul dengan rakan-rakan. Kes COVID-19 kanak-kanak ini sangat mudah berjangkit jika berkumpul beramai-ramai.
3. Patuh SOP sepanjang masa dari Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jangan kunjungi tempat sesak. Buat masa sekarang, semua orang perlu bersabar dan sama-sama bantu kurangkan jangkitan.
4. Sentiasa pakai pelitup muka (face mask) jika ada di luar rumah.
5. Gunakan hand sanitizer dan kerap basuh tangan.
6. Gunakan pembelian atas talian bagi membantu mendapatkan keperluan seharian. Sebolehnya duduk sahaja di rumah.
Kita bersatu kita berjaya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia & drugtargetreview.com
[…] kita dalam situasi pandemik COVID-19 yang meruncing. Kes naik saban hari dan risiko pada setiap orang adalah sangat tinggi. Jadi, perlindungan tambahan […]
[…] bukan sahaja membantu meningkatkan perlindungan dari ancaman virus, malah amat baik diamalkan bagi merangsang perkembangan tubuh […]
[…] hospital yang mempunyai banyak pakar akan menjadi satu tempat utama (one stop center) untuk semua masalah kesihatan yang […]
[…] begitu, dengan kemunculan wabak terbaru yang berbahaya – Covid-19 ini, peranan vaksin mulai menarik minat rakyat marhaen di kota mahupun […]
[…] dilihat dari sisi positif kerana mempunyai kelebihan tersendiri, apatah lagi ketika kita semua berdepan risiko wabak ketika […]
[…] yang berada di kawasan berisiko ini perlulah di awasi oleh orang dewasa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak di ingini […]