Press "Enter" to skip to content

6 Amalan Terbaik di Bulan Ramadhan Bersama Keluarga

Last updated on 01/05/2020

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Penghulu segala bulan buat umat Islam telah kembali. Bulan yang pernuh keberkatan, keampunan dan penuh dengan ganjaran kebaikan. Artikel kali ini, kami kongsikan 6 amalan terbaik di bulan Ramadhan bersama keluarga.

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan sehingga 12 Mei 2020 (Fasa 4), banyak masa hanya berada di rumah. Jadi peluang yang ada dapat dimanfaatkan bersama anak-anak dan keluarga. Kita boleh susun pelbagai aktiviti bersama mereka untuk hilangkan kebosanan.

Alhamdulillah, pada bulan Ramadhan, aktiviti-aktiviti ini ditambah baik dengan melaksanakan amal ibadah mencari pahala dan memohon keampunan.

Jom baca perkongsian kami mengenai amalan terbaik di bulan Ramadhan bersama keluarga.

1. Solat Fardhu Berjemaah

Solat atau sembahyang itu tiang agama. Ia adalah fardhu ain (wajib) bagi setiap umat Islam yang akhil baligh. Pada kebiasaanya, jika kita hanya solat seorang diri, apa kata kali ini kita berjemah bersama keluarga.

Solat berjemaah adalah fardhu kifayah namun mendapat 27 kali ganda ganjaran pahala berbanding solat bersendirian. Ini jelas dari satu hadith daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya

” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.” Riwayat Muslim (1509)

Suami sebagai ketua keluarga boleh ajak isteri dan anak-anak solat bersama. Bagi kami, jika tidak mampu pada setiap waktu, lakukan pada waktu tertentu seperti Maghrib dan Isyak.

Tak pasti nak susun saf sembahyang di rumah? Jom lihat gambar di bawah.kedudukan solat jemaah di rumah
Kedudukan imam dan makmum untuk solat berjemaah bersama keluarga. Kredit Madinah Di Hati

Banyak kelebihan solat berjamaah bersama keluarga seperti mengeratkan silaturrahim, sifat kasih sayang dan rasa bertanggunjawab sebagai pemimpin keluarga.

2. Tadarus Al-Quran

Amalan terbaik di bulan Ramadhan seterusnya adalah membaca Al-Quran. Ianya sunat yang sangat dituntut dalam agama. Al-Quran sebagai kitab suci diturunkan Allah pada bulan Ramadhan.

Antara peristiwa-peristiwa besar dalam bulan Ramdhan adalah:

  • Di fardhukan berpuasa
  • Perang Badar
  • Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah)
  • Perjalanan Rasullullah SAW ke Tabuk
  • Islam sampai di Yaman
  • Khalid Al-Walid merobohkan berhala Al ‘Uzza
  • Penyerahan Kota Thaif
  • Pembukaan Kota Andalusia (Sepanyol)
  • Diturunkan Al-Quran

Sebagai pemimpin keluarga, ajak isteri dan anak-anak bersama-sama membaca Al-Quran. Anda boleh menilai bacaan ahli keluarga dan tegur jika terdapat kesalahan tajwid.

Tetapkan waktu tertentu contohnya selepas Asar atau Isyak kerana waktu ini lebih panjang.

Jadi, peluang anda untuk bersama keluarga membuat amalan lebih baik. Jika boleh buat setiap waktu lebih baik.

Tidak ada Al-Quran? Tidak menjadi masalah kerana terdapat laman web online menyediakan surah Al-Quran seperti:

Bagi saya, lebih baik ada Al-Quran secara fizikal sebab apabila membaca lebih terasa nikmatnya (feel) dan mudah untuk membaca lembaran demi lembaran.

Walaupun tidak dapat keluar rumah disebabkan PKP, anda boleh beli Al-Quran secara online seperti di Shopee, Lazada, BookCafe dan sebagainya.


Ajar anak baca Al-Quran semenjak dari kecil adalah satu amalan yang sangat baik. Kredit gambar Majalahpama.my.

Pada masa yang sama, anda boleh membaca tafsir Al-Quran dan berkongsi manfaat kepada keluarga khususnya kepada anak-anak.

Ada banyak pengajaran, baik buruk kisah-kisah di dalam Al-Quran yang boleh dimanfaat oleh anak-anak.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seawal mungkin ajarlah anak-anak dengan Al-Quran.

InsyALLAH, mereka akan menjadi insan yang menghormati dan menghayati kitab suci ini.

3. Banyakkan Bersedekah

Sedekah adalah satu perbuatan yang sangat mulia dan dituntut dalam Islam dan Rasulullah SAW (bacalah selawat kepada baginda).

ganjaran sedekah
“Orang-orang yang menginfakkan hartanya di waktu malam dan siang secara sembunyi dan terang-terangan maka mereka mendapat pahala dari Tuhannya. Maka tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak ada berduka cita bagi mereka.” Surat Al-Baaqarah: 274

‏Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”  Hadith Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880).

Pada bulan Ramadhan, ganjaran sedekah menjadi lebih berlipat kali ganda. Rasulullah S.A.W (bacalah selawat kepada baginda) adalah insan paling dermawan ketika di bulan Ramadhan.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” Hadith Riwayat Bukhari.

Sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Pada waktu PKP, ramai tidak boleh bekerja dan mereka adalah golongan yang patut di bantu.

Keutamaan boleh diberikan kepada ibu bapa, saudara mara terdekat dan juga sahabat. Mereka mungkin tidak meminta tetapi kita yang ada lebihan rezeki perlu mulakan langkah berkongsi.

Hulurkan bantuan kita walaupun sekadar RM50 sebagai tanda kita bertanggungjawab sesama Muslim.

Di samping ganjaran pahala yang besar, sedekah juga dapat mengelakkan kita menjadi manusia kedekut dan sombong.

4. Dengar Kuliah Agama Online

Kita mungkin tidak dapat ke masjid tapi kita masih boleh menuntut ilmu dari rumah. Anda masih boleh teruskan dengan mengikuti kuliah secara online.

Ramai para agamawan dan ustaz membuat rakaman dan juga secara langsung di internet. Apa yang anda perlukan hanya akaun media social seperti Facebook dan Youtube untuk anda tonton secara langsung.

Contohnya Ustaz Nazmi Karim menganjurkan Facebook Live sejak sebelum Ramadhan lagi tentang tajuk Sirah, Ramadhan dan sebagainya. Memang terbaik ustaz ni!

Di bawah ini saya kongsikan Fanpage Facebook yang kerap buat Live ceramah yang boleh anda tonton:

Menuntut ilmu adalah salah satu amalan terbaik di bulan Ramadhan yang boleh kita buat bersama keluarga.

Dengarkan kuliah secara beramai-ramai untuk membentuk peribadi anak-anak suka akan majlis ilmu.

5. Solat Sunat Tarawih Berjemaah

Istimewanya bulan Ramadhan kerana dikurniakan Malam Lailatul Qadar dan Solat Sunat Tarawih. Solat ini biasanya dilakukan secara berjemaah sama ada di surau atau masjid.

Pada malam pertama Ramadhan, masya-ALLAH, ramai jemaah mengunjungi masjid untuk melakukan ibadah ini.

Agak menyedihkan, menjelang minggu-minggu akhir Ramadhan, jemaah di masjid untuk Solat Sunat Tarawih makin berkurang. Mungkin sibuk buat kuih raya atau membeli baju raya.

Untuk tahun ini, kita tidak dapat keluar rumah, jadi boleh manfaatkan masa ini untuk solat berjemaah bersama keluarga.

Tiada lagi alasan untuk beli baju raya kerana semua kedai tutup. Jika buka pun, kita tak dapat keluar rumah dan juga dijangka PKP akan berterusan selepas raya.

Maksudnya, sama-sama kita beraya di rumah masing-masing.

6. Sentiasa Buat Perkara Baik

Antara amalan terbaik di bulan Ramadhan yang boleh dilakukan adalah berbuat baik sepanjang puasa.

Ramadhan adalah satu platform terbaik untuk kita melatih diri dan keluarga menjadi insan lebih baik.

Contohnya lebih baik dari segi perbualan, lebih baik dari segi perbuatan dan lebih baik dari segi tindakan.

Kawal diri dari membuat perkara-perkara tidak berfaedah seperti menabur fitnah di media sosial, mengadu domba dan berkata dusta sesama rakan.

hadis ramadhan
Kredit gambar: Dakwah dan Tarbiah.com

Rahmat Allah Taala sangat luas di bulan Ramadhan. Amat rugi jika tidak mengambil peluang yang diberikan dalam tempoh sebulan berpuasa.

Rujukan dan Kredit Gambar:

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *