Press "Enter" to skip to content

Bekerja Dan Mengurus Rumahtangga Memenatkan? 6 Alatan Ini Memudahkan Isteri Yang Bekerja

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Zaman sekarang tidak sama dengan zaman dulu dimana kebanyakan isteri duduk dirumah memasak, mencuci pakaian dan membesarkan anak-anak.

Isteri hari ini terdiri daripada guru, doktor, pensyarah, jururawat, anggota unit berunifom dan sebagainya.

Menjadi seorang isteri yang bekerjaya pastinya memenatkan lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai anak.

Ada diantara mereka yang bangun seawal jam 4 pagi untuk menyiapkan keperluan anak-anak dan suami lalu bergerak ke tempat kerja sebelum jam 7 pagi bagi mengelakkan sesesakan jalanraya.

Di sini terdapat 6 alatan elektrik yang dapat membantu  memudahkan kerja isteri yang bekerjaya.

1.  Mesin Basuh dan Pengering

Mesin basuh dan pengering boleh didapati dalam dua bentuk iaitu mesin basuh dan pengering dua dalam satu manakala yang lainnya mesin basuh dan pengering berasingan.

Dengan adanya kedua-dua mesin ni, anda tidak perlu mencuci dan menyidai pakaian pada waktu pagi kerana aktiviti mencuci dan mengeringkan pakaian boleh dilakukan pada waktu malam selepas anda balik dari kerja.  Bagus bukan?

mesin basuh terbaik

Mesin basuh jenama Electrolux automatik jenis front load. Jimat air dan cucian baik. Saya ada guna di rumah.

Anda tidak perlu bimbang dengan jemuran jika tiba-tiba hujan turun pada waktu tengah hari ketika anda berada di tempat kerja.

Masa yang ada pada waktu pagi boleh digunakan untuk menyediakan sarapan buat keluarga anda.

Harga mesin pengering yang berasingan adalah sekitar RM700 sehingga RM 3000 bergantung kepada jenama dan kapasiti mesin tersebut.

Manakala harga mesin pengering dan mesin pencuci dua dalam satu adalah sekitar RM 1500 sehingga RM 4000 juga bergantung pada jenama dan kapasiti mesin. 

2. Mesin Cuci Pinggan (Dish Washer Machine)

Setiap pagi, selesai menyiapkan sarapan pasti sinki di dapur akan ditimbuni dengan pinggan mangkuk dan cawan.

Sempatkah anda untuk menguruskannya sebelum anda bersiap untuk pergi kerja?

Apakata anda dapatkan sebuah mesin pencuci pinggan (dishwasher) supaya kerja anda menjadi lebih mudah.

Pencuci pinggan jenama Toshiba yang sangat memudahkan kerja membasuh.

Anda hanya perlu masukkan kesemua pinggan mangkuk kotor kedalam mesin pencuci dan hidupkan. Sementara mesin anda bekerja, anda boleh bersiap-siap dengan tenang.

3. Robot Vacuum

Robot vacuum adalah pembantu rumah zaman serba canggih.

Robot vacuum bukan cuma boleh menyedut habuk, rambut dan sebarang kotoran malah ianya boleh mengemop.

Anda boleh menghidupkannya sebelum anda keluar bekerja. Anda akan senang hati melihat lantai bersih sebaik sahaja pulang dari kerja.

Robot vacuum secara automatik membantu suri rumah.

Namun perlu pastikan tiada tali, riben atau wayar berselerak  di atas lantai kerana hal ini akan menyebabkan kaki robot vacuum anda terbelit dan berhenti bekerja.

Robot vacuum juga tidak sesuai untuk rumah yang bertingkat-tingkat kerana ianya hanya mampu mencuci pada permukaan yang rata.

Jika anda mahu menetapkan mod mengemop, anda perlu menyimpan karpet anda bagi mengelakkannya basah dan berbau.

Harga robot vacuum bermula serendah RM 40 sehingga RM 7000 bergantung kepada jenama dan keupayaannya.

Kebiasaannya robot vacuum yang murah hanya boleh membersihkan kawasan yang kecil kerana kuasa battery yang terhad dan perlu di cas untuk bekerja lagi.

Kuasa menyedutnya juga tidak standing dengan robot vacuum yang lebih mahal. 

4. Penapis Air 3 Suhu

Penapis air 3 suhu, panas, sejuk dan normal memudahkan anda membancuh susu bayi dan membuat minuman panas tanpa perlu memanaskan air didapur menggunakan cerek.

Menyediakan sarapan pagi akan menjadi lebih mudah apabila air panas sudah tersedia.

Penapis air 3 suhu yang terkenal dengan jenama seperti coway dan cuckoo boleh juga dibeli Seng Heng, Harvey Norman, Shopee dan Lazada.

5. Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave)

Ketuhar gelombang mikro atau microwave  merupakan alat yang biasa digunakan untuk memanaskan makanan dengan cepat sepantas 30 saat.

Mekanisma pemanasannya adalah bila mana gelombang mikro menggetarkan partikel air yang terdapat dalam makanan dan menghasilkan haba melalui getaran tersebut.

microwave murah

Microwave yang murah dan berpatutan dari Midea.

Jadi, haba yang terhasil memberi kesan panas pada makanan.

Meskipun pernah wujud isu berkenaan penggunaan microwave menyebabkan kanser, namun kenyataan tersebut tiada bukti sahih.

Paling hampir yang dapat dikaitkan dengan kenyataan tersebut adalah penggunaan bekas semasa pemanasan.

Terdapat beberapa jenis bekas plastik yang  tidak tahan haba dan menyebabkan bahan kimia pada plastik berkenaan terurai dan meresap ke dalam makanan.

Maka pemilihan bekas yang selamat adalah penting semasa memanaskan makanan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

6. Seterika Wap (Steam Iron)

Seterika wap tidak kurang pentingnya. Seterika jenis ini dapat menjimatkan banyak masa berbanding seterika biasa.

steam iron

Steam iron jenama Philip yang popular di pasaran.

Tambahan lagi anda boleh seterika pakaian dalam keadaan siap bergantung. Seterika jenis ini  terdapat dalam dua bentuk iaitu berdiri (stand) dan tanpa wayar (cordless).

Kedua-duanya bagus. Harga bagi kedua-dua jenis ini bermula daripada RM 40 sehingga RM 700.

Memandangkan Shopee dan Lazada membenarkan bayaran secara ansuran bulanan menggunakan kad kredit tanpa sebarang cas tambahan maka anda boleh membuat pembelian barangan di atas secara online sahaja. 

Kini kerjaya tidak lagi menghalang seorang wanita untuk menjadi seorang isteri serba boleh yang dapat menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, menguruskan pakaian dan memastikan rumah bersih dan kemas setiap hari.

Walaupun begitu, suami dan isteri perlu saling menbantu menguruskan rumah jika masing-masing bekerja.

Suami yang sayang isteri akan membantu meringankan kerja isteri.

Semoga artikel ini membantu para isteri mendapatkan apa yang mereka perlukan mengikut situasi dan kemampuan masing-masing.

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.