Press "Enter" to skip to content

7 Tips Memulakan Bisnes Dari Rumah

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

Jika anda seorang pekerja di Malaysia, adalah biasa kita dengar buat dua kerja atau lebih dalam satu-satu masa. Tidak kira sama ada bisnes dari rumah atau membuka kedai, asalkan buat kerja sambilan untuk dapat lebih pendapatan.

Tips kali ini saya ingin kongsikan 7 tips memulakan bisnes dari rumah. Ianya tidaklah sesukar mana. Semua orang boleh buat.

Secara umum, bisnes ini terbahagi kepada dua iaitu produk dan servis.

Produk pula terbahagi kepada dua seperti:

  • Produk fizikal seperti roti, baju, tudung, mainan, gadget dan sebagainya.
  • Produk digital seperti ebook, software dan aplikasi.

Manakala satu lagi bisnes dari rumah yang boleh dilakukan adalah jenis servis atau perkhidmatan.

Bisnes servis memerlukan kemahiran tertentu seperti membaiki telefon, membuat website, menulis, cucian dan sebagainya.

Jika anda tidak ada kemahiran, boleh juga upah atau berikan kepada orang lain yang lebih pakar.

Anda cuma perlu outsource kepad orang lain kerana dalam bisnes, paling penting adalah pengurusan bisnes. Jangan jadikan halangan tiada modal dan kemahiran sebagai alasan untuk tidak bermula.

Lihat sekeliling, jika sahabat anda pernah buat dan berjaya, anda juga pasti boleh. Asasnya, kena usaha dan usaha. InsyAllah ada hasilnya.

Anda tiada idea nak bisnes apa? Jangan bimbang kerana kami di Hallo.my telah sediakan sebuah ebook 50 Idea Bisnes Part-Time. Download percuma sahaja. Klik di sini untuk dapatkan sekarang.

Jom lihat beberapa jenis bisnes dari rumah yang boleh anda mulakan hari ini:

  1. Bisnes Makanan Delivery
  2. Bisnes Menulis
  3. Bisnes Tusyen dari Rumah
  4. Bisnes Bakeri
  5. Bisnes Tudung

Baiklah, jom terus kepada tipsnya.

1. Mulakan dengan modal di bawah RM1,000.

RM1,000 terlalu tinggi? Boleh mulakan lebih rendah seperti RM500 atau RM200. Dengan modal yang minima, kita masih mampu untuk sediakan wang.

bisnes-dari-rumahIni je ada? Cukup ke?

Jangan sampai berhutang dan lebih malang, jangan mulakan bisnes dari rumah dengan modal pinjaman bank atau along.

Bisnes ini untung belum tentu, tapi rugi sudah pasti.

Dengan modal permulaan yang kecil, jika ditakdirkan tidak berjaya, kos kerugiaan tidaklah menggangu emosi anda dan keluarga.

Model-model bisnes dengan modal rendah ini seperti dropship dan agen. Jika anda wanita Muslim, mungkin boleh mulakan dengan bisnes jual tudung.

Jika anda ingin tawarkan kemahiran (servis) juga memerlukan modal yang sangat minima. Hanya tenaga dan masa.

Contoh servis yang boleh dijadikan sumber pendapatan seperti menulis artikel blog, menulis buku, membaiki laptop dan cuci rumah.

Dari hasil jualan dan keuntungan tersebut, buat pusingan modal dan tambah stok sedikit demi sedikit.

Secara tidak langsung, selain dapat pengalaman berniaga anda juga dapat pengalaman uruskan hasil jualan dan bisnes dengan betul.

Ada juga bisnes dari rumah tanpa modal tetapi bagi saya, setiap bisnes memerlukan modal.

Jika tidak perlukan wang, anda masih perlukan masa dan tenaga. Itu juga modal. Jadi, agak mustahil bisnes tanpa modal.

2. Mulakan dengan apa yang ada di tangan.

Tidak perlu membeli mesin yang mahal. Gunakan kemahiran dan peralatan yang anda miliki sekarang.

Contohnya, jika anda berminat untuk bisnes bakeri, gunakan sahaja mangkuk, periuk dan oven yang ada di rumah.

Jika anda menawarkan bisnes jenis perkhidmatan, contohnya membuat laman web. Gunakan sahaja laptop atau komputer yang anda gunakan sekarang.

Tidak perlu ada high specs laptop untuk permulaan bisnes jika modal awal menjadi kekangan.

Kita baru bermula bisnes, kita belum ketahui sejauh mana pasaran. Jadi penting untuk kita bermula dan berjimat sebagai langkah awal.

3. Mulakan dari kecil tetapi bermatlamat besar.

Bak kata Chef Li, biar kecil asal berhasil, jangan besar nanti bubar.

Start small and grow big!

Penting sebenarnya kita bermula dengan kecil supaya kita dapat hadapi cabaran secara berperingkat. Risiko juga kecil.

mula-bisnes-dari-kecil

Jika bermula dengan skala besar (modal besar), risiko dan cabarannya juga pasti lebih berat.

Bimbang untuk bisnes dari rumah, kita tidak mampu untuk harungi badai bisnes sebab terjerat dengan pusingan wang yang lemah.

4. Jangan malu pasarkan pada rakan-rakan dan jiran.

Tahniah, anda telah berjaya sediakan produk atau servis anda. Bersedia untuk dapatkan pelanggan pertama, tetapi siapa?

Kawan, saudara mara dan jiran terdekat adalah pelanggan pertama anda yang patut anda cuba.

Beritahu mereka anda buat bisnes apa, berikan sample percubaan dan minta pendapat mereka.

Selain dapat memasarkan produk dengan lebih cepat, anda juga dapat maklumbalas supaya dapat memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan anda.

Pemasaran kepada orang terdekat ini biasanya dikenali dengan nama mulut ke mulut (Word-of-mouth marketing) dan bagi saya paling baik untuk permulaan.

Pemasaran ini jimat kos untuk bisnes dari rumah tetapi produk anda perlu terbaik. Sebab jika buruk, pemasaran mulut ke mulut ini boleh bawa bencana kepada bisnes anda.

5. Tambah ilmu teknikal dan pengurusan bisnes

Cara paling mudah dengan membaca blog, website, buku dan menonton di YouTube. Sentiasa tambah ilmu dan semasa ke semasa.

Dunia teknologi sekarang, semuanya ada dihujung jari. Malas sahaja penyebab sesuatu perkara tidak dapat dicapai.

Ilmu teknikal dan pengurusan ini ada disediakan secara percuma. Ada juga berbayar. Jika tiada duit, boleh mulakan dengan ilmu percuma.

Contoh buku yang saya boleh cadangkan sebab pernah baca seperti:

  • Menjejaki Jutawan Senyap – Dato’ Rusly Abdullah/Chef Li
  • Memulakan Bisnes Sendiri – Ainon Mohd
  • Rich Dad Poor Dad – Robert T.Kiyosaki

6. Sedia Berkorban

Bisnes dari rumah ini satu cabaran tambahan jika ada anak-anak. Anda perlu bijak membahagi masa bersama anak-anak dan diri sendiri. Ya, diri sendiri juga penting.

Contohnya, buat kerja ketika anak tidur. Walaupun anak-anak tidak mengganggu anda, namum kerja terlalu keras sehingga ke lewat malam boleh mengganggu kesihatan.

Anda mempunyai keluarga. Pastikan tiada pihak yang terabai semasa buat bisnes. Sebab saya yakin, segalanya untuk kehidupan keluarga yang lebih baik.

7. Ajak pasangan membantu

Keberkatan bekerjasama membuat bisnes dari rumah menjadi lebih indah jika sama-sama membantu.

Walaupun ada kalanya tidak secara terus, dengan hanya sokongan moral dapat menaikkan semangat pasangan anda untuk lebih berusaha.

bantu bisnes isteri

Anda akan rasa sangat bersyukur jika pasangan anda ‘turun padang’ membantu contohnya membungkus parcel, membakar kek malah menghulurkan bantuan kecil untuk siapkan permintaaan pelanggan.

Itu ciri-ciri pasangan terbaik untuk anda kerana boleh bersama dalam suka dan duka.

Kesimpulan

Memulakan bisnes dari rumah adalah satu cara terbaik untuk tambah pendapatan keluarga. Walaupun secara sambilan, sekurang-kurangnya dapat menampung kos keluarga yang setiap bulan semakin meningkat.

Jika rakan-rakan anda boleh, pasti anda juga boleh malah mungkin suatu hari, bisnes sambilan ini boleh bertukar menjadi bisnes sepenuh masa.

Saya doakan yang terbaik untuk anda!

Artikel Ini Bermanfaat? Jom Kongsikan

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.