Press "Enter" to skip to content

5 Inspirasi dari Instagram Untuk Dekorasi Bajet di Rumah.

Sebut saja dekorasi rumah, ramai beranggapan ianya memerlukan belanja yang besar. Sebenarnya, tidak. Anda boleh mencantikkan rumah anda hanya dengan kos yang minima. Kami akan tunjukkan bagaimana dekorasi bajet di rumah dapat mencantikkan kediaman anda.

Rumah merupakan tempat paling utama untuk beristirehat. Dekorasi rumah yang kemas dan cantik sudah tentu memberi rasa bahagia dan tenang kepada penghuninya.

Kerana pada hari ini, rumah bukan saja menjadi tempat beristirehat, malah juga menjadi tempat bekerja dan membuat bisnes.

Ini 5 inspirasi dari Instagram yang boleh anda lakukan untuk dekorasi bajet di rumah anda.

1. Meluaskan Ruangan yang Sempit dengan Cermin.

Gantung cermin di ruangan yang agak kecil dalam rumah anda. Cermin akan memberi ilustrasi agar ruangan nampak lebih luas.

dekorasi bajet di rumah

Kredit gambar: thespruce.com

Anda juga boleh menggantung cermin di dinding bersebelahan ruangan makan di rumah anda.

Banyak pilihan bentuk cermin yang ada di pasaran. Sama ada bulat, petak, ataupun berbentuk hexagon.

Tampal cermin yang besar di laluan yang sempit, anda pasti tidak merasakan ruangan itu begitu sempit seperti sebelum ini.

Di ruang makan, anda juga boleh menampal cermin hiasan berbentuk hexagon di bahagian dinding sebelah meja makan.

Malah cermin juga boleh diletakkan di atas rak kasut. Ada juga dekorasi yang melibatkan cermin di bilik tidur. Meletakkan cermin tinggi yang besar di sebelah katil juga menarik.

2. Memasang Wainscoting Sendiri.

Ya, dekorasi menggunakan wainscoting masih menjadi trend dalam hiasan dalaman. Ia memberikan nilai mewah dan elegan.

Wainscoting boleh didapati di kedai hardware. Paling mudah anda boleh survey dan beli secara online seperti di Shopee.

dekorasi Wainscoting

Kredit gambar: bobvila.com

Anda hanya perlu ukur dahulu ruangan yang ingin dihias dan reka bentuk yang diinginkan.

Kemudian minta orang di kedai memotongnya mengikut saiz yang anda mahu. Anda hanya perlu tampal dan cat sahaja.

Wainscoting ini boleh dipasang di ruang tamu, ruang makan atau di dalam bilik tidur.

Bukan itu saja, anda juga boleh memasangnya di pintu untuk menjadikan pintu anda lebih menarik dan unik.

3. Pasu Hiasan yang Menawan.

Pasu semestinya salah satu idea untuk dekorasi bajet di rumah. Sungguh cantik pasu hiasan yang bermacam-macam warna dijadikan hiasan di rumah.

Anda boleh saja menggunakan pasu-pasu lama dan mengecatnya semula.

Banyak contoh warna pasu hiasan yang menarik di instagram.

pasu dekorasi rumah

Kredit gambar: potterybarn.com

Warna biru dan putih, warna kelabu dan emas, atau warna putih sahaja, atau boleh juga warna emas dan silver.

Pasu ini boleh dihias kosong atau dijadikan pasu bunga. Tentu menarik.

4. Mempamerkan Koleksi Peribadi.

Anda mempunyai koleksi pinggan yang berlainan corak atau pinggan lama? Pamerkan ia di ruangan kosong dinding rumah anda.

Pastikan anda gantung dengan gam yang kuat. Atau boleh juga buatkan bingkai dan pemegang untuk meletakkan koleksi pinggan anda.

Atau anda mempunyai koleksi pasu yang pelbagai bentuk dan warna?

Kumpulkan di satu sudut dan susun ianya dengan kreatif. Hiasan versatil ini pasti tidak sama di tempat lain.

Hanya di rumah anda!

5. Mengecat Semula Perabot Lama.

Perabot lama mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Jika anda mempunyai kerusi yang lama, anda boleh mengecatnya kembali dengan warna putih atau warna yang lembut kesukaan anda. Boleh jadikan ia sebagai meja sisi yang menarik.

Jadikan tempat meletak pokok hiasan, pokok bunga atau longgokan buku.

Anda boleh meletakkan ia di ruang tamu bersebelahan sofa. Anda juga boleh menghiasnya dengan pokok hijau yang menjalar.

Ia memberi kesan segar dan santai. Anda pasti akan lupakan kepenatan.

Jika anda baru membeli rumah, sekarang anda sudah boleh mula menghias rumah dengan kos yang rendah. Malah dekorasi anda mempunyai nilai estetika dan versatil.

Ia sesuai dimasukkan dalam apa sahaja konsep dekorasi rumah.

Kami ada tawaran menarik untuk anda. Jika anda berminat dalam dekorasi bajet, apa kata dapatkan ebook 77 tips dan dekorasi bajet ini.

Selamat mencuba!

One Comment

  1. InstaFlixx InstaFlixx 30/08/2021

    Perkongsian yang sangat bermanfaat. Boleh cuba nih.. Thanks admin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.