Press "Enter" to skip to content

3 Tanda Bayi Anda Menderita ‘Shaken Baby Syndrome’

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Shaken Baby Syndrome’ atau SBS?

Shaken Baby Syndrome diambil daripada bahasa Inggeris yang merujuk kepada keadaan bayi atau kanak-kanak yang mengalami gegaran otak akibat goncangan.

Nama lain bagi penyakit ini ialah trauma kepala. Sindrom  ini terjadi apabila bayi digongcang dengan kuat seperti sedang melepaskan geram, atau dihempas ke lantai.

Sindrom ini boleh terjadi dengan gegaran sekurang-kurangnya 5 saat. Hal ini kerana struktur otak bayi masih lembut dan otot leher mereka masih lemah.

Shaken Baby Syndrome

Sumber gambar: doktorbudak.com

Mereka juga mempunyai salur darah yang halus dan sel otak mereka mudah rosak sekiranya oksigen tidak sampai ke otak.

Akibat daripada gegaran yang diterima, pendarahan dan bengkak otak boleh berlaku.

Bukan itu sahaja, akibat daripada perbuatan menggoncang bayi dengan kasar ini boleh mendatangkan bahaya kecederaan lain seperti patah tulang, rosak mata dan rosak tulang belakang bayi.

Sindrom ini boleh berlaku pada bayi seawal usia 8 minggu sehingga usia 5 tahun. Menurut BERNAMA, 20 peratus bayi mati disebabkan oleh sindrom ini manakala 80 peratus lagi mengalami cacat kekal.

SBB ini tidak akan berlaku dengan menghayun buai pada kelajuan sederhana atau melambung manja dengan tujuan membuat bayi gembira.

Namun tetap perlu hati-hati dengan setiap perbuatan yang anda lakukan terhadap bayi kerana impak yang sedikit mungkin boleh jadi besar kepada bayi anda.

Faktor risikonya adalah:

  • Tekanan yang dialami oleh ibu bapa terutama ibu bapa muda, ibu atau bapa tunggal
  • Mendapat zuriat dalam keadaan yang tidak bersedia mental
  • Dibesarkan dalam keadaan kurang kasih sayang
  • Pengaruh alkohol atau dadah
  • Pengasuh

Para ibubapa perlu peka dengan sebarang perubahan pada bayi anda lebih-lebih lagi  bagi mereka yang menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh dan pusat jagaan kanak-kanak.

Ini memandangkan kebelakangan ini semakin banyak kes penderaan bayi dilaporkan.

Terdapat beberapa gejala yang menunjukkan anak anda mengalami Shaken Baby Syndrome antaranya.

1. Masalah Pernafasan.

Masalah pernafasan ini terlalu umum. Pelbagai sebab boleh jadi kepada masalah pernafasan contohnya asthma, jangkitan pada paru-paru, alahan dan sebagainya.

Namun ianya boleh jadi disebabkan oleh goncangan yang dialami. 70 peratus bayi yang menderitai SBB mengalami kesukaran bernafas.

Jika keadaan tersebut berterusan anda perlu mendapatkan pemeriksaan doctor.

2. Badan Menggeletar

Tubuh badan menggeletar di luar kawalan menunjukkan ada sesuatu telah terjadi pada saraf anak anda.

Mungkin anda pernah lihat kanak-kanak yang mendapat ganguan saraf.

Ini apabila bahagian kelopak mata mereka berkedip-kedip diluar kawalan akibat terlalu lama menggunakan telefon pintar.

Contohnya ketika menonton kartun kegemaran atau bermain permainan tanpa pengawasan ibu bapa.

Begitu juga dengan anggota badan yang lain. Anggota badan yang lain boleh menggeletar atau bergerak sendiri diluar kawalan apabila terdapat kecederaan pada saraf.

Anda perlu peka dengan perubahan pada anak anda dan segera berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut di hospital.

3. Muntah atau Sawan

Gejala ini adalah gejala yang paling ketara menunjukkan berlaku gegeran pada otak.

Jika berlaku keadaan ini, bayi anda akan diperiksa jika berlaku pembengkakan bahagian otak, pendarahan subdural atau pendarahan retina.

Gejala ini secara jelas menunjukkan bahawa bayi anda telah digoncang dengan sangat kuat, dilepaskan ke lantai sehingga berlaku kecederaan pada otak atau dalam erti kata lain didera.

trauma kepala

Sumber gambar: dontshake.org

Shaken Baby Syndrome ini dapat dibendung sekiranya para ibu bapa membuat persediaan sebelum menimang cahaya mata.

Ibu bapa disarankan mengikuti kelas menguruskan bayi semasa dalam tempoh kehamilan.

Selain itu, anda perlu mendapatkan bantuan untuk menguruskan bayi anda semasa dalam tempoh berpantang.

Jika berkemampuan, anda boleh membayar khidmat penjagaan ibu berpantang memandangkan khidmat tersebut semakin popular pada hari ni.

Sekiranya anda mula naik berang dengan bayi anda yang tidak mahu berhenti menangis, letakkannya sebentar di dalam kot bayi atau di atas tilam dan segera mandi atau berwuduk untuk tenangkan diri anda.

Jangan pegang bayi anda sehingga anda kembali tenang dan waras.

Anda juga boleh membawa bayi anda keluar bersiar-siar. Kebiasaannya bayi akan berhenti menangis apabila dibawa melihat sesuatu yang menarik perhatian dan rasa ingin tahu mereka seperti awan, burung, pokok dan sebagainya.

Perlu sentiasa diingat bahawa SBB ini tidak boleh diubati.

Dalam situasi yang lebih buruk, bayi anda mungkin perlu dibedah untuk membuang darah beku pada bahagian otak atau matanya bagi mengelakkan gangguan penglihatan.

Kanak-kanak tersebut mungkin akan buta kekal, hilang pendengaran, masalah pertuturan, gangguan sawan seumur hidup, lemah dalam pelajaran atau mungkin mengidap cerebral palsy.

Ibu bapa bekerja yang menghantar anak-anak kepada pengasuh, sebaik-baiknya anda pastikan bahawa pengasuh atau suaminya tiada rekod jenayah dan mempunyai sijil asuhan kanak-kanak.

Sebagai langkah waspada, ibu bapa juga perlu pastikan tiada ahli lain yang tinggal bersama pengasuh di dalam rumah seperti adik beradik atau saudara mara kerana anda tidak tahu siapa yang berpotensi mengasari bayi anda.

Kesimpulan.

Shaken Baby Syndrome adalah sangat berbahaya dan boleh mengorbankan nyawa.

Maka setiap ibu bapa perlu memastikan kestabilan emosi sepanjang membesarkan anak-anak dan berusaha mendapatkan pengasuh yang boleh dipercayai untuk menjaga anak anda.

Semoga penulisan ini dapat membuka mata ibubapa bahawa ‘Shaken Baby Syndrome’ ini boleh terjadi akibat diri sendiri dan bukan pengasuh sahaja.

Rujukan: 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mission News Theme by Compete Themes.